MEMBANTU RAKYAT DI SELANGOR
180) MEMBANTU RAKYAT DI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Dalam kesungguhan Kerajaan membantu rakyat di Negeri Selangor untuk memiliki tapak kediaman( Tanah Lot) : Tidak kah premium (Notis 5A) yang dikeluarkan mengikut nilaian tanah harga semasa itu agak tinggi dan membebankan rakyat?
- Kadar-kadar harga premium tanah adalah berdasarkan Kaedah Tanah Selangor sekiranya tanah tersebut adalah untuk pertanian dan pemohon mengusahakannya. jika pemohon tidak mengusahakannya maka ia adalah berdasarkan penilaian semasa oleh Jabatan Penilaian Perkhidmatan Harta (JPPH). Bagi tanah untuk kediaman, industri dan perniagaan ialah berdasarkan penilaian semasa oleh JPPH. pengenaan Premium adalah berdasarkan formula Kaedah Tanah Selangor. jumlah premium lazimnya tinggi oleh sebab formula ini mengambil kira nilaian tanah pada harga pasaran oleh JPPH Kementerian Kewangan Malaysia.
