Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

210) MEMPERBANYAKKAN BAZAAR/MEDAN NIAGA BAGI MENGGALAKKAN GOLONGAN MISKIN MENCEBUR DIRI DALAM PERNIAGAAN

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Razaly Bin Hassan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan bercadang untuk mengadakan lebih banyak bazar atau medan niaga dan khidmat nasihat bagi menggalakkan golongan miskin mencebur diri dan berjaya dalam perniagaan?

    a , b) dan c)

     

    Buat masa ini Kerajaan Negeri tiada cadangan untuk mengadakan lebih banyak bazaar atau medan niaga. Tetapi, bazar yang baru boleh diwujudkan berdasarkan permintaan dengan tapak berniaga yang sesuai kepada PBT masing-masing. Kerajaan Negeri amat serius dalam membantu semua golongan termasuk golongan miskin menceburkan diri dalam bidang perniagaan. Sehubungan itu, Kerajaan Negeri melalui PBT telah menyediakan tempat berniaga serta jadual seperti tapak pasar malam, pasar pagi, pasar tani, kompleks pasar dan kiosk penjaja. PBT juga mengenakan kadar fi yang murah kepada penjaja manakala kadar fi bagi golongan penjaja OKU pula hanya separuh harga. PBT juga sedia menerima permohonan-permohonan lesen perniagaan bagi menggalakkan mereka menceburi bidang perniagaan. Selain itu, antara program-program yang dilaksanakan oleh PBT bagi membantu golongan miskin menceburi bidang perniagaan adalah seperti berikut:-

     

    i.         Majlis Perbandaran Subang Jaya

    1. Menyediakan kemudahan dan mewujudkan seperti gerai, kiosk, petak pasar malam dan pasar pagi. Selain itu, terdapat banyak ruang perniagaan yang dikendalikan oleh pihak-pihak lain yang boleh diisi oleh peniaga-peniaga kecil seperti Bazar Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS), Bazar Primawalk dan sebagainya;

     

    1. Menyediakan tempat untuk peniaga-peniaga kecil menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan bagi menambah punca pendapatan atau sebagai permulaan menceburkan diri dalam bidang perniagaan. Antara ruang perniagaan yang ditawarkan oleh pihak Majlis ialah petak-petak niaga di pasar-pasar malam, pasar pagi, kiosk, kedai bersaiz kecil dan gerai PBT;

     

    1. MPSJ juga membenarkan aktiviti penjaja di tepi jalan dengan syarat lokasi perniagaan adalah sesuai, tidak bercanggah dengan peraturan dalam undang-undang kecil, tidak menimbulkan masalah lalulintas, halangan dan sebagainya. Inisiatif galakan yang diberi adalah dengan memberi peniaga peluang berniaga di tempat-tempat atau premis gerai milik Majlis. Kadar bayaran sewa dan permit yang dikenakan adalah rendah sehingga Majlis menampung kos tambahan kerana bayaran yang dikenakan tidak mencukupi untuk menanggung kos

     

    ii.         Majlis Perbandaran Sepang

     

    1. Membina sebuah medan selera di Desa Pinggiran Putra, Sungai Merab dan dijangka beroperasi pada bulan Jun 2016. Kini proses pelantikan kontraktor telah selesai dibuat. Tempoh pelaksanaannya adalah 24 minggu mulai dari 2 November 2015 hingga 1 Jun 2016 dengan jumlah sebanyak 17 unit.

     

    iii.         Majlis Daerah Kuala Selangor

     

    1. Menyediakan tapak perniagaan yang tersusun dan mencukupi di kawasan tumpuan pelancong seperti di Pantai Remis Jeram;

     

    1. Menyediakan tapak perniagaan berkeluasan 10′ x 10′ dan 3 sesi setiap petak (pagi, petang,malam) yang tersusun di dalam kawasan penempatan padat seperti di Saujana Utama, Puncak Alam, dan Bandar Kuala Selangor; telah mendapat kerjasama daripada pihak pemaju seperti MKH Berhad dalam program CSR dengan membina gerai makan di kawasan Puncak Alam; dan

     

    1. MDKS sedang merangka program Dataran Usahawan di mana pihak MDKS menyediakan tapak perniagaan kepada usahawan tempatan dan dalam masa yang sama menganjurkan karnival bagi menarik

     

    iv.         Majlis Daerah Sabak Bernam

     

    1. Telah menyediakan medan-medan niaga kepada golongan miskin yang menceburi bidang perniagaan seperti mengadakan gerai di dalam pasar dan di luar pasar, medan niaga pasar sehari dan kawasan yang dibenarkan seperti di Pantai Redang, Sekinchan dan barang jualan utama adalah seperti makanan, hasil tani dan nelayan

     

     

    v.         Majlis Daerah Kuala Langat

     

    1. Pihak MDKL mempunyai banyak kekosongan tapak peniaga seperti di Pasar Awam Sijangkang dan premis-premis kedai lain yang berada di daerah Kuala Langat. Pihak Majlis amat mengalu-alukan sekiranya terdapat golongan miskin yang ingin menyewa tapak-tapak

     

    Selain itu, Kerajaan Negeri juga telah melaksanakan program khas bagi membantu golongan miskin yang berminat untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan melalui program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) antaranya ialah Skim Mikrokredit Selangor (SkimSel) yang dilaksanakan sejak bulan Julai 2010 dan Skim Mikrokredit Miskin Bandar (Mimbar) sejak bulan Mac 2011 serta khidmat nasihat dan pelbagai bentuk bantuan lain.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.