MEMPERTAHANKAN PEGANGAN AHLUS-SUNNAH WAL-JAMAAH

160) MEMPERTAHANKAN PEGANGAN AHLUS-SUNNAH WAL-JAMAAH

Tahun:

Sesi:

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah masalah yang dihadapi kini yang mencabar pegangan Ahlus-Sunnah walJamaah?

    1. Antara masalah yang dihadapi kini yang mencabar pegangan Ahli SUnnah Wal Jamaah adalah seperti berikut:

     

    1. Tiada ilmu pengetahuan tentang isu yang dibahas (subject matter)

     

    Terdapat ahli masyarakat yang suka membahaskan isu-isu tertentu seolah-olah berkepakaran dalam isu tersebut, sedangkan sebenarnya tidak mempunyai  ilmu berkaitan isu tersebut. Mereka yang suka bertaklid secara membabi buta biasanya akan mudah terpengaruh dengan kata-kata golongan ini.

     

    1. Taklid (ikut-ikutan dalam hal agama) secara membabi buta

     

    Taklid sememangnya wujud dalam kehidupan beragama. Walaubagaimanapun, terdapat ahli masyarakat yang bertaklid secara membabi buta, yakni menerima secara bulat-bulat apa jua yang diperkatakan mengenai sesuatu perkara. Lantaran itu,  penerimaan  terhadap sesuatu perkara itu tidak lagi berdasar atau dinilai kepada  ilmu,  bahkan  kepada emosi atau kesan psikologi yang diguna penghujah.

     

    1. Mengambil jalan mudah dalam mencapai keredhaan Ilahi

     

    Sebagai manusia biasa yang tidak kebal dari maksiat, adalah tidak dinafikan bahawa setiap orang sememangnya ingin mendapat keredhaan Allah. Walaubagaimanapun, ada sebilangan masyarakat yang mengambil jalan mudah untuk ‘menyucikan diri’ dari dosa demi mendapat keredhaan Allah. Ada juga yang ingin menghalalkan apa yang diharamkan oleh Islam demi memuaskan nafsu sendiri kerana menganggap bahawa Islam itu rigid, tidak tolerant dan sebagainya. Jalan pintas  beginilah  yang menjerumuskan manusia ke kancah ajaran sesat dan aliran pemikiran songsang.

     

     

     

     

    1. Perselisihan tentang bida’ah

     

    Pertikaian dalam isu bida’ah juga menjadi cabaran kepada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Seringkali isu ini dibahaskan dalam perkara-perkara furu’, iaitu perkara yang bukan pokok dalam agama, yang sudah tentu tidak wajar diperbesar-besarkan oleh mana-mana pihak sehingga menimbulkan salah faham dan perpecahan dalam masyarakat. Justeru, semua pihak harus berlapang dada kerana di sana terdapat bida’ah-bida’ah yang nyata lebih besar dan membawa impak yang sangat positif kepada ummah misalnya penulisan dan pembukuan al-Quran.

    1. Kewujudan aliran selain Ahli Sunnah Wal Jemaah

     

    Secara amnya, dalam memahami dan mengamalkan ajaran Islam, orang Islam terkelompok ke dalam beberapa aliran termasuk Ahli Sunnah Wal Jamaah. Aliran lain yang terkenal ialah Muktazilah, Syiah dan Qadiani. Sepertimana Ahli Sunnah Wal Jamaah, pengikut aliran lain juga kuat mempertahankan aliran mereka. Ketaksuban dan kepercayaan mereka, jika tidak dikawal dengan baik, mampu  mengakibatkan  perpecahan dan kecelaruan dalam masyarakat.

Lampiran

Tiada Lampiran.