Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

10 Mac hingga 13 Mac 2009 dan 16 Mac hingga 17 Mac 2009

121) MENAIKKAN GAJI GURU KAFA

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor telah menaikkan gaji guru Kafa kepada RM 1,000.00 sebulan. Adakah pembayaran ini telah dilaksanakan?

    Pembayaran telah dilaksanakan berkuat kuasa mulai Januari 2009. Guru KAFA Negeri Selangor menerima sepenuhnya RM 1,000.00 sebulan mulai bayaran elaun bulan Februari. Tunggakan RM 261.70 bulan Januari diterima pada elaun bulan Februari 2009.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.