MENYEMARAKKAN KEGIATAN BELIA BERWAWASAN DAN MAJU

143) MENYEMARAKKAN KEGIATAN BELIA BERWAWASAN DAN MAJU

Tahun:

Sesi:

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah bentuk inisiatif dan insentif pihak kerajaan negeri Selangor bagi belia berwawasan dan maju di negeri Selangor melalui PeBT?

    Kerajaan Negeri Selangor menitikberatkan aspek  pembangunan belia dalam usaha untuk melahirkan golongan belia berwawasan dan maju di Negeri Selangor melalui Penggerak Belia Tempatan (PeBT). Dengan itu, pelbagai inisiatif telah diambil seperti mewujudkan  pendidikan  bagi memastikan golongan belia mendapat pendidikan yang sewajarnya dari peringkat permulaan sehingga ke peringkat tertinggi. Ini merupakan titik permulaan dalam usaha kerajaan untuk menyediakan peluang pekerjaan kepada golongan belia di negeri Selangor. Di samping itu juga, kerajaan berusaha menyediakan latihan dan kursus terutamanya dalam bidang keusahawanan yang dapat  melatih golongan belia  untuk berkecimpung dalam bidang perniagaan  dan keusahawanan.

    Berikutan, Kerajaan negeri Selangor juga telah memberi insentif kepada golongan belia sebagai penghargaan kepada mereka di atas usaha-usaha yang telah dilakukan untuk membantu Kerajaan Negeri sebagai contoh Anugerah Belia Tolak Rasuah, Anugerah PBT Terbaik, Tokoh  Belia Negeri Selangor  dan Tokoh Beliawanis  Negeri Selangor telah diberikan kepada belia yang telah menunjukkan prestasi yang cemerlang terutamanya dari aspek kepimpinan.

Lampiran

Tiada Lampiran.