MESYUARAT PEMILIHAN JAWATANKUASA MASJID
131) MESYUARAT PEMILIHAN JAWATANKUASA MASJID
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Dato' Warno Bin Dogol
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Baru-baru ini telah berlangsung mesyuarat ahli kariah/masjid di seluruh negeri Selangor. Apakah fungsi yang dimainkan oleh jawatankuasa masjid yang baru dilantik itu.
Pegawai dan Jawatankuasa Masjid berperanan mentadbir mengurus dan memakmurkannya dengan melaksanakan arahan JAIS. Mereka mempunyai tanggung jawab bagi menjadikan masjid sebagai institusi penting umat Islam dengan melaksanakan program pengimarahan serta menjadikan masjid ‘One Stop Centre’.
