METROPOLIS KESIHATAN UNIVERSITI MALAYA

4) METROPOLIS KESIHATAN UNIVERSITI MALAYA

Tahun:

Sesi:

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah perkara-perkara yang bakal dipertimbangkan oleh kerajaan dalam mempertimbangkan permohonan kebenaran merancang Projek Metropolis Kesihatan Universiti Malaya di Seksyen 12, Petaling Jaya?

    Majlis akan melihat kepada kepentingan dan faedah terutamanya kepada penduduk Petaling Jaya khasnya, Negeri Selangor dan juga Malaysia amnya. Majlis diberi maklum bahawa projek ini akan memberi faedah-faedah dari aspek pertambahan kemudahan kesihatan dan perubatan yang pada masa ini tidak lagi dapat menampung permintaan, dari segi lokasi yang strategik dan menawarkan kos perubatan yang lebih murah. Projek ini juga bertujuan untuk perkembangan ilmu dalam sektor kedoktoran serta mewujudkan peluang- peluang pekerjaan.

    Bagi memastikan projek ini tidak menjejaskan aspek lalulintas dan lain-lain. Perkara-perkara yang diberi perhatian adalah seperti usaha-usaha untuk memperbaiki tahap kemudahan infrastruktur dan lalulintas sedia ada, kemudahan tambahan ke arah meningkatkan penggunaan pengangkutan awam dan mengenal pasti tahap keketaraan impak-impak sosial bagi meminimumkan impak negatif, pemantauan serta mengenal pasti peluang bagi meningkatkan faedah kepada masyarakat yang terjejas.

Lampiran

Tiada Lampiran.