MIGRASI METER AIR
168) MIGRASI METER AIR
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah status terkini pelaksanaan Skim PERMAI ÒPenyelesaian Migrasi Meter Air IndividuÓ?
Task Force PERMAI telah ditubuhkan pada bulan Jun 2012 di antara Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor (LPHS) bersama Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS). Mesyuarat ini diadakan secara berjadual supaya pemaju, Badan Pengurusan Bersama (JMB) atau Perbadanan Pengurusan (MC) mendapat khidmat nasihat secara terus dan tepat daripada SYABAS berkenaan mekanisma pelaksanaan migrasi meter air individu khususnya bagi Pangsapuri Bukan Kos Rendah (Kod 17). Ini adalah kerana, skim terbabit perlu melaksanakan migrasi meter air individu bagi mendapatkan rebet air percuma secara automatik. Setakat bulan Mac 2014 sejumlah 201 kawasan pangsapuri terlibat dalam rundingan Skim PERMAI.
