MIKRO KREDIT SELANGOR

58) MIKRO KREDIT SELANGOR

Tahun:

Sesi:

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah faktor-faktor yang menyebabkan permohonan seseorang yang ingin mendapatkan pinjaman mikrokredit MIMBAR itu di tolak ? Dan adakah pihak MIMBAR sendiri akan memaklumkan sebab penolakan itu selepas proses temuduga dan sebagainya ?

    Bagi setiap permohonan yang tidak berjaya dalam mendapatkan pinjaman mikrokredit tanpa faedah ini adalah disebabkan pemohon bukanlah sasaran iaitu peniaga kecil atau tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan seperti yang telah ditetapkan.  Syarat-syarat kelayakan yang perlu dipatuhi bagi permohonan Program Mikrokredit Miskin Bandar Selangor adalah seperti berikut:

    1. warganegara Malaysia berusia 21 – 60 tahun
    2. rakyat negeri Selangor atau bermastautin lebih 10 tahun (pengesahan dari pihak berwajib)
    • menetap,berniaga dan bekerja di bandar-bandar di negeri Selangor
    1. berpendapatan isi rumah kurang dari:
      1. RM1,500 tanpa anak
      2. RM2,500 berkahwin dengan anak 3 orang atau kurang
      3. RM3,000 berkahwin dengan anak melebihi 3 orang
    2. memiliki aset keseluruhan tidak melebihi RM50,000 dalam segala bentuk
    3. mempunyai perniagaan sedia ada dan boleh berkembang
    • pemohon tidak mempunyai hutang yang kritikal dan tidak diisytiharkan sebagai muflis atau bankrap

    Pada setiap kali taklimat atau penerangan, pemohon akan dimaklumkan bahawa tempoh proses permohonan adalah minima dua (2) minggu atau selewatlewatnya satu (1) bulan.  Setiap permohonan yang tidak berjaya akan dimaklumkan melalui sistem pesanan ringkas (SMS) kepada nombor telefon yang didaftarkan pemohon dalam tempoh satu (1) minggu selepas penilaian dibuat melalui jawatankuasa pemilihan.  Selain daripada itu, di setiap borang permohonan juga telah dimaklumkan bahawa permohonan dianggap tidak berjaya sekiranya tidak menerima jawapan balas dalam tempoh satu (1) bulan. Pegawai operasi MiMBAR Selangor juga mengambil inisiatif sedaya upaya datang  berjumpa atau menghubungi pemohon untuk memaklumkan sebab ditolak sekiranya terdapat sebarang aduan atau pertanyaan.  MiMBAR Selangor juga berkongsi maklumat permohonan yang berjaya, tidak berjaya dan status bayaran balik peserta ini dengan semua Pusat Khidmat DUN setiap bulan.  Data ini akan diberikan dan dikemaskini bagi memastikan setiap Pusat Khidmat DUN dan ADUN mengetahui jumlah permohonan dan tren bayaran balik peniagapeniaga di kawasannya.

Lampiran

58.png