Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 November hingga 23 November 2012 dan 26 November hingga 30 November 2012

181) MODEL PEMBANGUNAN

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri telah merancang dan mengenalpasti kawasan - kawasan bandar yang akan dibangunkan dan dipulihkan semula (urban redevelopment) dan apakah model pembangunan yang akan diguna pakai ?

    Di Negeri Selangor, isu pembangunan semula kawasan bandar telah mula diberi perhatian hasil daripada kesedaran untuk mencapai matlamat pembangunan yang lebih mampan. Ini terbukti melalui dasar-dasar pembangunan spatial sedia ada yang diperkenalkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, khususnya melalui penggubalan Rancangan Fizikal Negara (RFN) dan Dasar Perbandaran Negara (DPN).

     

    Garis Panduan Perancangan (GPP) Pengenalpastian Bagi Pembangunan Semula Kawasan Brownfield yang telah disediakan oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia telah dibentangkan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri Bil. 4/2012 pada 13 Ogos 2012. Jawatankuasa bersetuju untuk menerima pakai Garis Panduan Perancangan Pengenalpastian Bagi Pembangunan Semula Kawasan Brownfield oleh Kerajaan Negeri Selangor dan PBT di Negeri Selangor. Garis panduan ini telah mengklasifikasikan kawasan brownfield kepada 6 kategori seperti berikut:

     

    Kategori A: Bekas lombong / kuari;

    Kategori B: Kawasan bekas tapak pelupusan sisa pepejal yang telah penuh

    / tidak lagi digunakan secara kekal;

    • Kategori C: Kawasan kilang / perniagaan / perumahan /  institusi yang telah ditinggalkan melebihi 10 tahun;
    • Kategori D: Projek-projek pembangunan terbengkalai yang tidak siap dalam tempoh pelaksanaan pembangunan melebihi 10 tahun;
    • Kategori E: Bangunan / deretan Iot-Iot bangunan yang telah siap tetapi terbiar melebihi 10 tahun; dan
    • Kategori F:    Kawasan   bekas   depot   /    stesen   pengangkutan  awam, kemudahan infrastruktur dan

     

     

     

     

    Bagi merealisasikan pembangunan semula bandar di Negeri Selangor, Jawatankuasa Perancang Negeri Bil. 4/2012 yang bersidang pada 13 Ogos 2012 telah membuat keputusan supaya JPBD Negeri Selangor sebagai penyelaras untuk pasukan petugas bagi mengenalpasti kawasan-kawasan bandar yang akan dibangunkan atau dipulihkan semula. Pasukan Petugas ini akan mendapatkan kerjasama Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia di samping ke semua Pihak Berkuasa Tempatan dan Pejabat Daerah/ Tanah.

     

    Pada masa ini JPBD Negeri Selangor, sedang menyediakan Laporan Cadangan Pengenalpastian Bagi Pembangunan Semula Kawasan Brownfield Di Negeri Selangor. Inventori bagi setiap kawasan yang terlibat akan dilakukan. Inventori kawasan Brownfield ini dijalankan secara 2 kaedah iaitu maklumat kajian lapangan dan maklumat sekunder. Maklumat inventori kawasan brownfield ini juga amat penting diwujudkan kerana pada masa akan datang, ia akan menjadi salah satu indikator pembangunan mampan bagi sesebuah daerah/negeri.

     

    Kerajaan Negeri adalah komited untuk melihat pembangunan untuk seluruh Negeri Selangor agar terus membangun dengan lebih terancang dan sistematik.

     

    Bagi melaksanakan model pembangunan dan pemulihan semula kawasan bandar berdasarkan pendekatan pengenalpastian kawasan brownfield ini, antara aspek-aspek yang perlu diambil kira adalah seperti berikut:-

     

    Mengenalpasti kawasan brownfield untuk pembangunan semula mengikut kategori kawasan brownfield,

    Cadangan dan kaedah pembangunan semula yang meliputi aspek-aspek seperti penyiasatan tapak, kajian penilaian risiko, kaedah pembersihan dan pemulihan tapak, jenis pembangunan dan syarat-syarat pembangunan; dan

    1. Pembentukan pangkalan data (GIS) bagi proses pengenalpastian dan pembangunan semula kawasan

Lampiran

Tiada Lampiran.