MUTU PERKHIDMATAN TENAGA NASIONAL BERHAD
73) MUTU PERKHIDMATAN TENAGA NASIONAL BERHAD
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Sila nyatakan apakah punca utama yang menyebabkan terdapat banyak aduan yang menyatakan ketidakpuashatian terhadap mutu perkhidmatan TNB terutamanya sewaktu perayaan Tahun Baru Cina ?
- Rekod kami mendapati bahawa dimudim perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri dan Tahun Baru Cina, bilangan gangguan yang berpunca dari penggunaan elektrik berlebihan akan meningkat di kawasan luar bandar terutamanya apabila orang ramai pulang dari bandar untuk berkumpul sesama keluarga. Peningkatan elektrik mendadak melebihi dari nilai yang diisytiharkan kepada TNB menyebabkan infra bekalan elektrik tidak dapat menampung
Di samping tindakan mempertingkatkan keupayaan infrastruktur yang dibuat oleh TNB, orang ramai juga boleh membantu dengan memaklumkan kepada TNB jika terdapat pertambahan penggunaan atau penambahan pendawaian di premis mereka. Dengan ini program peningkatan keupayaan infra dapat dibuat dengan lebih terancang.
