Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017

212) MUZIUM TERBIAR DI SELANGOR

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Adat Istiadat & Warisan

Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah perkembangan terkini Muzium Sultan Alam Shah, Gedung Raja Abdullah dan pejabat pentadbiran Muzium Kuala Selangor?

    Muzium merupakan tempat untuk masyarakat awam mengetahui, mempelajari dan mengenali tamadun peradaban manusia. Ia boleh diibaratkan sebagai gedung ilmu yang menempatkan pelbagai maklumat mengenai sejarah, budaya dan kemasyarakatan. Menyedari akan peri pentingnya usaha untuk mengekalkan institusi muzium di negeri ini maka kerajaan negeri sentiasa peka dan prihatin akan perkembangan muzium-muzium yang terdapat di bawah pengurusan Kerajaan Negeri. PADAT sebagai agensi yang telah dipertanggungjawabkan dalam melaksanakan tugas tersebut telah melakukan pelbagai penambahbaikan terhadap muzium-muzium yang diuruskan oleh PADAT terutamanya dari segi infrastruktur. Senarai penambahbaikan atau naik taraf utama yang telah dilaksanakan dalam masa 5 tahun kebelakangan (2017-2012) adalah seperti berikut:

    i.Muzium Sultan Alam Shah, Shah Alam

    Kerosakan pada kemasan dinding facade MSAS, telah dinaik taraf pada tahun 2014 di bawah peruntukkan pembangunan di bawah P.K 13 RMK KE 10 kod 10041 sebanyak RM419,719.90.

    Membuat kerja-kerja ubahsuai dan menaiktaraf balai kebudayaan MSAS di bawah kod 10041 sebanyak RM444,140.00

    Kerja-Kerja menaik taraf Balai Pameran Sementara Dan Ruang Lobi Dalaman Muzium Sultan Alam Shah, Shah Alam di bawah kod 10041 sebanyak RM800,000.00

    Menaik taraf lobi antara Bangunan Anggerik dan Muzium Sultan Alam Shah sebanyak RM472,932.82

    ii.Gedung Raja Abdullah, Klang

    Dalam proses lantikan konsultan untuk kerja konservasi (fasa II), baik pulih dan pengisian. Anggaran kos bagi kerja-kerja tersebut adalah sebanyak RM800,000.00 di bawah peruntukan pembangunan di bawah kod 10042.

    iii.        Pejabat Pentadbiran Muzium Kuala Selangor

    Satu naik taraf untuk pejabat pentadbiran Muzium Kuala Selangor telah dilakukan pada tahun 2013 yang mana sebahagian daripada Dewan Puncak Melawati telah diubahsuai menjadi Pejabat Pentadbiran Muzium Kuala Selangor. Pejabat pentadbiran tersebut juga turut dilengkapi dengan pelbagai fasiliti pejabat antaranya seperti bilik mesyuarat, ruang pejabat untuk kakitangan, surau, pantri dan lain-lain.

Lampiran

Tiada Lampiran.