NEGERI BERKEBAJIKAN
63) NEGERI BERKEBAJIKAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Konsep ÒNegeri BerkebajikanÓ dilancarkan agar semua rakyat Selangor mendapat manfaat dari hasil-hasil negeri. Selain daripada pemberian air percuma, nyatakan jumlah dan kelompok rakyat yang telah menikmati manfaat daripada konsep ini mengikut faedah?
- Konsep “Negeri Berkebajikan” menekankan bahawa sumber-sumber dan aset-aset negeri tidak akan disalahgunakan tetapi ia akan dimaksimumkan untuk manfaat rakyat. Berteraskan kepada konsep ini, Kerajaan Negeri mewujudkan Agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) bagi memastikan kebajikan rakyat terus terjamin. Ini bersesuaian dengan prinsip MES iaitu kepercayaan bahawa sumber-sumber negeri adalah kepunyaan rakyat. Oleh itu, kita memulangkan kekayaan negeri kepada mereka yang merupakan pemilik ekonomi yang
Program MES yang melibatkan pengagihan peruntukan untuk kebaikan rakyat negeri Selangor adalah seperti berikut:
BIL.
PROGRAM
JUMLAH PENERIMA FAEDAH
KELOMPOK RAKYAT 1. Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS)
12,424 Kanak-kanak 2. Hadiah Anak Masuk Universiti 9,581 Belia 3. Skim Mesra Usia Emas 9,131 Warga Tua 4.
Bekalan Air Percuma Bagi 20 Meter Padu 2,261,865
Pemilik meter individu di Negeri Selangor
5. Tabung Pendidikan Anak Pekerja Ladang
4,776 Belia Selain daripada program-program di atas, terdapat juga program Pusat Khidmat Krisis Sehenti (OSCC) yang bertujuan untuk membantu golongan wanita dan kanak-kanak khususnya bagi kes-kes seperti rogol, liwat, keganasan rumah tangga, penderaan dan sebagainya. Pusat ini bertindak sebagai first respondent/point of contract bagi kes-kes yang dinyatakan di atas. Terdapat 6 buah Pusat Khidmat Krisis Sehenti diwujudkan di Selangor, iaitu di Hospital Ampang, Hospital Selayang, Hospital Serdang, Hospital Sungai Buloh, Hospital Klang dan Hospital Kajang.
Program Peningkatan Hasil Daripada Bahan Batuan dan Mineral juga merupakan salah satu program MES. Kerajaan Negeri telah mengambil pendekatan berlainan dalam aktiviti pengorekan bahan batuan dan mineral di Selangor. Peningkatan hasil batuan dan mineral yang dikumpulkan akan dilaburkan dan hasil keuntungan akan diagihkan dan diserahkan semula kepada rakyat melalui program-program kebajikan dalam program pelaksanaan Agenda MES. Lantaran itu, Kerajaan Negeri telah menubuhkan Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. yang beroperasi sebagai syarikat kerajaan yang memberi penumpuan pada aktiviti perniagaan pasir. Sehingga Disember 2009, hasil daripada penjualan pasir yang sudah diterima dan dikumpulkan adalah berjumlah RM35 juta dan royalti yang telah diberikan kepada Kerajaan Negeri adalah sebanyak RM7.2 juta.
