Nyamuk Wolbachia

182) Nyamuk Wolbachia

Tahun:

Sesi:

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan secara terperinci hasil kajian penggunaan nyamuk Wolbachia untuk mencegah isu denggi di Selangor.

    Sebanyak 17 lokaliti (Petaling – 15 lokaliti & Gombak – 2 lokaliti) telah terlibat penggunaan nyamuk Wolbachia untuk mencegah isu denggi di Selangor bermula tahun 2017 sehingga September 2020. Hasilnya menunjukkan kesemua lokaliti adalah sesuai untuk mencapai sasaran frekuensi nyamuk berwolbachia melebihi 80%. Apabila lokaliti telah mencapai sasaran frekuensi nyamuk berwolbachia melebihi 80% maka boleh memberi kesan kepada penurunan kes denggi di lokaliti terbabit. Impak pengurangan insiden denggi di lokaliti-lokaliti ini untuk jangka masa panjang masih dalam kajian.

Lampiran

Tiada Lampiran.