ORANG INDIA MISKIN
79) ORANG INDIA MISKIN
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Selain Islam
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Terdapat statistik yang menyatakan bahawa hanya 6% daripada masyarakat India di Selangor ialah orang miskin. Setakat manakah kenyataan ini benar?
Kerajaan Negeri telah mengambil inisiatif untuk menjalankan kajian data kemiskinan di negeri Selangor. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti bilangan , lokasi, pendapatan dan latar belakang golongan tersebut di negeri Selangor. Hasil daripada kajian tersebut akan digunakan untuk menilai keberkesanan program yang telah dilaksanakan dan merangka penambahbaikan atau program – program baru yang difikirkan bersesuaian. Memandangkan kajian tersebut masih dalam pelaksanaan, kerajaan negeri tidak dapat mengesahkan kesahihan statistik
