PADAT
66) PADAT
Tahun:
Sesi:
Isu: Adat Istiadat & Warisan
Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Adakah kerajaan mempunyai rancangan mewujudkan muzium atau galeri produk setempat dan sejarah setempat?
Pihak kerajaan negeri melalui agensinya Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (PADAT) ada mempunyai hasrat dan rancangan untuk mewujudkan muzium di setiap daerah dalam Negeri Selangor. Ini adalah bagi memastikan sejarah, warisan dan budaya di setiap daerah di pelihara di samping dapat disebar luas kepada masyarakat untuk di hayati. Buat masa ini pihak PADAT sedang menjalankan kerja-kerja penyelidikan dan penyiapan bagi pameran dan pembukaan Muzium Timah, Gedung Raja Abdullah, Klang, Muzium Sukan di Shah Alam dan Istana Bandar di Jugra, Kuala Langat. Di samping itu pihak PADAT juga sedang membantu pihak Majlis Daerah Hulu Selangor bagi mewujudkan Muzium Sejarah Daerah Hulu Selangor.
Sehingga kini terdapat enam (6) buah Muzium di bawah pentadbiran Perbadanan Adat Melayu dan Warisan negeri Selangor (PADAT) iaitu :-
- Muzium Sultan Alam Shah, Shah Alam
- Muzium Pertanian dan Perikanan Daerah Sabak Bernam
- Muzium Sejarah Daerah Kuala Selangor
- Muzium Permainan Tradisional Rakyat,Kuala Selangor
- Muzium Timah, Gedung Raja Abdullah, Klang vi. Muzium In-situ Jugra, Kuala Langat
