PADAT
119) PADAT
Tahun:
Sesi:
Isu: Adat Istiadat & Warisan
Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah sasaran jangka panjang dan jangka pendek PADAT?
Penyelidikan dan pembangunan dalam bidang tugas utama PADAT iaitu:
- Mengemukakan dasar-dasar dan landasan-landasan pembangunan dan perkembangan adat Melayu dan warisan Selangor,
- Meningkat dan menambahkan keupayaan tradisi ilmu, bahasa dan persuratan,
- Menggali bahan-bahan sejarah dan mendokumentasikannya untuk dijadikan bahan rujukan mengenai Adat-Adat Melayu dan Warisan Selangor,
- Mengenal pasti, mengadun dan mempersembahkan warisan kesenian Melayu dan warisan Selangor,
- Menerbit dan mengarkibkan bahan-bahan penulisan mengenai adat Melayu dan warisan Selangor ,
- Memoden dan mengemas kini sistem pengurusan Perbadanan Adat Melayu dan warisan Selangor,
- Memasukkan idea dan peralatan teknologi moden dalam sistem pengurusan,penambahbaikan dan pembangunan Perbadanan.
- Mewujudkan desa budaya di setiap pintu masuk utama ke Negeri Selangor dengan tujuan untuk mengetengahkan adat Melayu dan warisan,
- Jalinan kerjasama antara PADAT dengan perbadanan negeri lain atau agensi lainnya yang mempunyai perkhidmatan teras (core business) yang sama termasuk di Asia dan peringkat antarabangsa,
- Mengujudkan kumpulan pakar permuziuman, adat dan warisan. Bagi merealisasikan hasrat ini satu bentuk bantuan sama ada biasiswa ataupun geran akan diwujudkan,
- Kebolehupayaan pembangunan daripada segi infrastruktur dan modal insan,
- Lawatan kerja rasmi dalam dan luar Negara utama terpilih untuk melihat amalan membangun dan mempromosi adat dan warisan,
- Penambahbaikan ekshibit di ruang pameran semua muzium di bawah PADAT,
- Mengadakan Konvensyen Adat Melayu Selangor dengan tujuan memperjelaskan peranan adat dalam pembentukan jati diri dalam masyarakat Melayu,
- Mengangkat dan mewarta seni warisan sebagai identiti Negeri Selangor.
Sasaran Jangka Pendek
- Mengadakan penyelidikan adat dan warisan dengan bantuan pakar-pakar dan pengkaji daripada Universiti Tempatan,
- Menaiktaraf pameran di muzium-muzium di bawah PADAT,
- Melaksanakan pengembangan organisasi melalui penambahan kualiti dan kuantiti warga kerja PADAT,
- Pembangunan modal insan dengan menyediakan serta melaksanakan kursuskursus dan latihan kepada warga kerja PADAT ,
- Meneruskan kerja-kerja ekskavasi arkeologi di daerah Kuala Langat dan Kuala Selangor,
- Mengadakan bengkel yang berkaitan seni dan warisan Negeri Selangor
