146) PROJEK RUMAH TERBENGKALAI SEJAK SEBELUM 2008 DI DUN MERU
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Mulut
-
Berapa bilangan siap, sedang dimaju semula dan tidak dapat diselamatkan? Senaraikan.
-
Apakah halangan untuk diselamatkan?
-
Adakah rancangan pengambilan semula tanah terhadap projek ini yang tidak diteruskan oleh LPHS?
146) TABUNG KUMPULAN WANG BIASISWA NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Bin Ibrahim
Kategori: Bertulis
-
Perincian perbelanjaan dana Kerajaan Negeri yang diperuntukkan kepada Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor serta senarai lengkap pelajar yang telah dan/atau sedang menerima bantuan program tersebut.
146) PERUNTUKAN PEMBANGUNAN UNTUK SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (TAMIL)
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Dr Xavier Jayakumar A/l Arulanandam
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan SJK(T) yang telah menerima peruntukan pembangunan mengikut DUN seluruh Negeri Selangor sejak 2008 - 2015
-
Senaraikan jumlah peruntukan yang diberikan kepada SJK(T) mengikut DUN seluruh Negeri Selangor sejak 2008 - 2015
146) PUSAT TUISYEN RAKYAT
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Dato' Marsum Bin Paing
Kategori: Mulut
-
Kerajaan negeri menyediakan peruntukan RM 3.45 juta untuk mengadakan pusat-pusat tuisyen rakyat bagi tahun 2011 untuk golongan berpendapatan kurang RM 1,500. Nyatakan bilangan, tempat dan jumlah pelajar yang telah menyertainya?
-
Setakat ini bagaimanakah keberkesanan hasil program tersebut?
-
Apakah mekanisme yang digunakan untuk memilih pelajar yang layak menyertainya?
146) JELAJAH USAHAWAN SELANGOR ATAU MEXUS
Tahun:
Sesi:
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Tuan Harumaini Bin Haji Omar
Kategori: Bertulis
-
Adakah Kerajaan Negeri mempunyai cadangan untuk membantu para usahawan kecil ini mendapatkan tapak niaga di lokasi yang sesuai supaya dapat membantu mereka menjana pendapatan yang stabil setiap bulan?
146) GERAN TANAH KEPADA PENDUDUK KAMPUNG BARU
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim
Kategori: Mulut
-
Berikan butiran penduduk mengikut Kampung Baru yang telah menduduki tanah tersebut lebih 15 tahun tetapi masih memiliki lesen TOL sahaja ?
-
Apakah polisi pihak Kerajaan Negeri untuk memberikan geran tanah kekal kepada penduduk Kampung Baru yang telah menduduki tanah tersebut lebih 15 tahun ?
-
Apakah langkah -Iangkah yang sedang diambil oleh Kerajaan Negeri untuk mengawal penyalahgunaan kuasa dan pemberian geran tanah kepada pihak yang tidak layak di Kampung Baru ?
146) STATUS BAJET SELANGOR 2017
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan secara terperinci peratusan perlaksanaan Bajet Selangor 2017 mengikut portfolio.
-
Apakah terdapat kegagalan Kerajaan Negeri melaksanakan sepenuhnya Bajet 2017 yang disebabkan faktor-faktor tertentu?
146) PENSTRUKTURAN SEMULA INDUSTRI AIR SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Bin Ibrahim
Kategori: Bertulis
-
Keupayaan memastikan Perjanjian Induk disempurnakan dan kesungguhan menguatkuasakan WSIA 2006 memandangkan ketamakan atau kedegilan sesetengah pemegang konsesi air seperti permintaan mendadak menukar pendekatan "sale of equity" kepada "sale of business" malah keengganan menandatangani sebarang perjanjian sama sekali.
146) PENYELENGGARAAN JALAN NEGERI
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah
Kategori: Bertulis
-
Bagaimanakah proses pemilihan kontraktor bagi kerja-kerja penyelenggaraan Jalan Negeri di Selangor?
-
Senaraikan kontraktor yang terlibat dalam kerja-kerja penyelenggaraan jalan negeri pada tahun 2015 mengikut PBT.
146) PUSAT LATIHAN AWAM SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan struktur, pengurusan, pengarah dan lokasi pusat latihan ini?
-
Apakah fungsi pusat-pusat latihan?
-
Sejauh manakah sumbangan pusat latihan tersebut terhadap tahap perkhidmatan awam Selangor?
