156) PELABURAN DI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Datuk Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan jumlah projek, peluang pekerjaan ditawarkan dan nilai pelaburan pada tahun 2015 mengikut daerah
-
Nyatakan insentif atau ganjaran yang diberikan kepada pelaburan tersebut
156) PENYELESAIAN ISU PERUMAHAN PENDUDUK KAMPUNG BEREMBANG
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim
Kategori: Mulut
-
Penduduk Kampung Berembang sudah ditawarkan rumah di projek Berembang Indah sebagai penyelesaian kepada masalah perumahan mereka selepas rumah mereka dirobohkan . Rumah batu tersebut sepatutnya siap pada bulan Jun ,2009 yang lepas tetapi sehingga hari ini, didapati mereka masih lagi terpaksa tinggal dalam khemah ditapak bekas kampung mereka. Kenapakah rumah mereka belum siap sehingga kini ?
-
Apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri untuk memantau dan berusaha menyelesaikan masalah perumahan mereka dengan segera?
156) PENTERNAKAN KERANG DAN IKAN DI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri menyediakan bantuan kepada penternak kerang dan ikan di Selangor?
-
Senaraikan kawasan penternakan ikan dan kerang di Selangor mengikut daerah?
156) KERAJAAN FEDERAL
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar
Kategori: Bertulis
-
Apakah hak-hak utama sepatutnya Selangor dapat dari Kerajaan Federal?
-
Apakah hak-hak yang diingkari Federal menunaikannya?
-
Apakah tindakan Ð misalnya undang-undang yang akan diambil oleh Negeri Selangor?
156) TUNTUTAN SUBSIDI AIR
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Datuk Mohd Isa Bin Abu Kasim
Kategori: Mulut
-
Saban hari semakin ramai penduduk pangsapuri / rumah flat mengemukakan tuntutan dan tunggakan subsidi air 20m padu percuma kepada kerajaan negeri. Apakah kerajaan negeri tetap tidak mahu memberikan tunggakan tersebut?
-
Berapakah kos jika semua tunggakan seluruh pangsapuri dibayar?
-
Apakah kerajaan tidak sedia membiayai kos ini dari simpanan negeri yang berjumlah lebih RM1 bilion?
156) PROJEK PERINTIS TANAMAN PADI
Tahun:
Sesi:
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan apakah perkembangan terkini projek tersebut ?
-
Sila nyatakan berapakah jumlah peruntukan yang disalurkan bagi tahun 2015 ?
-
Sila huraikan secara detail bantuan yang disalurkan oleh KNS kepada pesawah sejak 5 tahun yang lalu ?
156) PENYELENGGARAAN DAN PENURAPAN JALAN-JALAN KAMPUNG SERTA JALAN-JALAN DI TANAH LOT PERSENDIRIAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Dr Xavier Jayakumar A/l Arulanandam
Kategori: Mulut
-
Apakah perancangan kerajaan Negeri dalam kerja-kerja penyelenggaraan dan penurapan jalan kampung dan jalan di tanah lot persendirian di seluruh Negeri Selangor?
156) KHUTBAH JUMAAT PADA 10 JUN 2011
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro
Kategori: Mulut
-
Khutbah Jumaat yang dibaca oleh khatib di mimbar pada 10 Jun 2011 dimaklumkan adalah sama di seluruh masjid di negeri Selangor. Khutbah yang berkaitan fitnah, hukum Qazaf dan empat saksi menimbulkan perselisihan faham di kalangan umat Islam. Nyatakan pihak dan mahupun individu yang bertanggungjawab menyediakan teks khutbah Jumaat berkenaan?
-
Mohon siarkan semula sepenuhnya teks khutbah berkenaan?
-
Mohon huraikan berkaitan hukum taÕzir berkaitan hal yang sama
156) STATUS GURU KAFA
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail
Kategori: Bertulis
-
Adakah Kerajaan Negeri Selangor berhasrat untuk mewujudkan skim khas perkhidmatan untuk guru-guru KAFA yang mengajar di Sekolah Rendah Agama Negeri (SRA)?
-
Adakah Kerajaan Negeri Selangor berhasrat untuk menaikkan elaun mereka berpandukan kelayakan akademik?
156) POLISI BERSIH KERAJAAN TEMPATAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar
Kategori: Mulut
-
erajaan Negeri telah melancarkan kempen kebersihan peringkat negeri pada 11 Januari 2009 yang melibatkan semua PBT-PBT. Apakah tindakan lanjut dilakukan selepas pelancaran ini?
-
Adakah sebarang pertandingan kawasan terbersih di kalangan PBT-PBT?
-
Apakah kesan positif hasil dari kempen kebersihan ini?
