159) AHLI MAJLIS PBT
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan nama dan parti diwakili semua Ahli Majlis PBT di Selangor.
-
Bagaimanakah PBT menentukan setiap ahli majlis tersebut?
159) PEMBINAAN MASJID BARU DI BANDAR SAUJANA PUTRA, JENJAROM, KUALA LANGAT SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Mulut
-
Sila menyatakan butir-butir nombor lot tanah, keluasan dan lokasi tapak baru Masjid di Bandar Saujana Putra, Jenjarom, Kuala Langat Selango
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri supaya mempercepatkan proses pembinaan Masjid baru tersebut memandangkan surau sedia ada berkeadaan sangat padat?
159) KEPUTUSAN KERAJAAN TEMPATAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Bertulis
-
Dalam keadaan apakah keputusan sesuatu permohonan kepada kerajaan tempatan diperlu dibawa ke mesyuarat penuh kerajaan tempatan?
-
Adakah sesuatu keputusan tidak sah jika tidak dibawa ke mesyuarat penuh kerajaan tempatan?
159) GARIS PANDUAN MARRIS
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Mulut
-
Adakah Jawatankuasa Pengurusan Pemberian (JPP) MARRIS mengkaji semula Garis Panduan MARRIS selepas Mei 2018? Jika ya, nyatakan butir-butirnya
-
Nyatakan kerja-kerja melebar longkang yang pernah dikemukakan oleh Kerajaan Negeri untuk pertimbangan pihak Kementerian Kewangan secara case by case basis.
159) GAZETKAN KAWASAN BERBASIKAL
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan
Kategori: Bertulis
-
Adakah Kerajaan Negeri berhasrat untuk menggazetkan laluan ke Genting Sempah untuk laluan berbasikal pada hari Ahad sehingga jam 1 tengahari dan mohon kawasan sekitarnya untuk dipertingkatkan bagi laluan berbasikal.
159) MEMANDANGKAN KOS RUMAH YANG KIAN MENINGKAT DAN TERDAPAT RAMAI RAKYAT YANG TIDAK DAPAT PINJAMAN DARI BANK
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Puan Lai Nyuk Lan
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri sedia membantu golongan anak selangor untuk mendapat pinjaman ?
160) USAHAWAN KECIL DAN SEDERHANA
Tahun:
Sesi:
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Bertulis
-
Apakah program baharu untuk usahawan kecil dan sederhana di Selangor?
-
Nyatakan peranan Kerajaan Negeri untuk meningkatkan pendapatan usahawan tersebut.
160) KILANG HARAM
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak
Kategori: Mulut
-
Nyatakan jumlah dan lokasi kilang haram yang masih beroperasi di Selangor.
-
Apakah tindakan Kerajaan Negeri kepada kilang haram tersebut?
-
Nyatakan jumlah kerugian Kerajaan Negeri akibat kewujudan kilang haram tersebut.
160) WI-FI PERCUMA DI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Bertulis
-
Di manakah WiFi Percuma di DUN Teratai, Selangor?
-
Siapakah yang memegang data maklumat pengguna WiFi Percuma di Selangor?
-
Berapakah perbelanjaan tahunan Kerajaan untuk WiFi Percuma Selangor ini?
160) PENGANGGURAN DAN PELUANG PEKERJAAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Puan Juwairiya Binti Zulkifli
Kategori: Mulut
-
Apakah kadar pengangguran di Negeri Selangor?
-
Apakah langkah Kerajaan Negeri dalam membuka lebih peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan dan mengurangkan kadar pengangguran di negeri ini?
