188) BILANGAN WARGA ASING YANG TINGGAL DALAM SETIAP RUMAH STRATA

Tahun:

Sesi:

Isu: Warga Asing & Hal Ehwal Luar Negeri

Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin

Kategori: Mulut


  1. Banyak aduan dibuat oleh penduduk Selangor berkenaan terlalu ramai bilangan warga asing yang tinggal dalam satu rumah terutamanya di rumah jenis Strata (Contoh: 10 orang tinggal di 1 flat). Apakah yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri dalam mengendalikan isu ini?

    Klik jawapan »

188) KESESAKAN JALAN RAYA

Tahun:

Sesi:

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Mulut


  1. Apakah langkah-langkah Kerajaan Negeri Selangor untuk mengatasi kesesakan lalu lintas di jalan-jalan raya utama di lembah Klang dan dalam kawasan- kawasan bandar terutamanya di waktu-waktu puncak supaya dengan langkahlangkah tersebut dapat mengurangkan kepayahan dan trauma yang dihadapi oleh pengguna-pengguna jalan raya terutamanya golongan pekerja dan penjawat awam akibat kesesakan lalu lintas tersebut.

    Klik jawapan »

188) PILIHANRAYA AHLI MAJLIS KERAJAAN TEMPATAN

Tahun:

Sesi:

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut


  1. Apakah cara-cara pelaksanaan pilihanraya Ahli Majlis Kerajaan Tempatan yang akan dilaksanakan oleh kerajaan memandangkan kerajaan telah mengumumkannya dalam program geran ÒSelangorkuÓ dan perkembangan terkini pilihanraya ini?

  2. Terdapat rungutan bahawa pelaksanaan pilihanraya ini agak perlahan berbanding dengan pilihanraya ketua JKKK? Apakah puncanya dan cara-cara penyelesaiannya?

188) PERKHIDMATAN BAS PERCUMA SELANGORKU

Tahun:

Sesi:

Isu: Pengangkutan

Adun: Y.B. Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Bin Ibrahim

Kategori: Bertulis


  1. Perincian terkini perkhidmatan Bas Percuma Selangorku terutama laluan di seluruh negeri, bilangan bas yang terlibat, kos operasi per unit, senarai syarikat swasta yang dilantik dan nilai kontrak masing-masing serta sebarang perancangan melaksanakan Indeks Kepuasan Pelanggan

    Klik jawapan »

188) SURUHANJAYA BANGUNAN (COB)

Tahun:

Sesi:

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Bertulis


  1. Keberkesanan pengurusan bangunan bergantung kepada JMB dan tunjuk ajar oleh Suruhanjaya Bangunan (COB). Berapakah kakitangan COB yang terlibat dalam memantau perjalanan JMB seluruh Selangor mengikut PBT?

    Klik jawapan »

  2. Apakah tindakan PBT bagi COB yang hadapi masalah kurang kakitangan?

    Klik jawapan »

188) PENDAPATAN ISI RUMAH RAKYAT SELANGOR

Tahun:

Sesi:

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Bin Ibrahim

Kategori: Bertulis


  1. Pelan tindakan terperinci Kerajaan Negeri untuk meningkatkan pendapatan bulanan isi rumah supaya mencapai paras minimum RM4,000 seperti yang dijanjikan dalam manifesto Pakatan Rakyat di peringkat nasional untuk Pilihanraya Umum ke-13.

    Klik jawapan »

188) PENGOREKAN PASIR LAUT

Tahun:

Sesi:

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus

Kategori: Mulut


  1. Senaraikan lokasi aktiviti pengorekan pasir laut yang terdapat di Selangor?

    Klik jawapan »

  2. Adakah kerajaan negeri mengeluarkan kebenaran untuk aktiviti pengorekan pasir laut?

    Klik jawapan »

  3. Senaraikan syarikat yang diberi lesen kebenaran untuk mengorek pasir laut?

    Klik jawapan »

188) NAMA-NAMA TAMAN / JALAN

Tahun:

Sesi:

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Manoharan A/l Malayalam

Kategori: Mulut


  1. Mengapakah Kerajaan Negeri Selangor menukar nama-nama taman berikut :- i) Southern Park Kepada Taman Selatan; dan ii) Taman Melawis kepada Taman Kampung Attap. Bilakah ianya akan ditukar ke nama asal?

    Klik jawapan »

  2. Bilakah Kerajaan Negeri Selangor akan mengisytiharkan secara rasmi Jalan Tengku Kelana sebagai ÒLittle IndiaÓ Selangor?

    Klik jawapan »

  3. Adakah Kerajaan Negeri Selangor berhasrat untuk menamakan beberapa jalan-jalan di Negeri Selangor atas nama tokoh-tokoh terkemuka seperti berikut yang telah banyak berjasa kepada Negeri Selangor seperti :- i) Encik Ramesan (Bekas ADUN Negeri Selangor) ii) Dr. V. David (Bekas ADUN Negeri Selangor) iii) Encik Devan Nair (Bekas Ahli Parlimen Negeri Selangor) iv) Puan Gengga Nair (Bekas ADUN Negeri Selangor) v) Encik Karam Singh (Bekas ADUN Negeri Selangor)

    Klik jawapan »

188) PROMOSI HASIL PERTANIAN

Tahun:

Sesi:

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng

Kategori: Mulut


  1. Apakah perancangan dan peranan Kerajaan Negeri untuk memajukan sektor pertanian ?

    Klik jawapan »

  2. Apakah galakan diberikan kepada para petani untuk mempelbagaikan tanaman untuk menambahkan hasil pendapatan?

    Klik jawapan »

  3. Mengapakah Bazar Darul Ehsan di Kanchong Darat belum operasi sampai hari ini?

    Klik jawapan »

188) KEGAGALAN MPK MENUTUP MANHOLE LONGKANG BESAR

Tahun:

Sesi:

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut


  1. Apakah tindakan pembetulan (termasuk bayaran ganti rugi) yang telah diambil oleh Majlis Perbandaran Klang terhadap kecederaan seorang pelajar sekolah menengah yang cedera parah akibat terjatuh ke dalam longkang tanpa penutup di Bukit Tinggi baru-baru ini?

    Klik jawapan »