195) PERLAKSANAAN PROGRAM INSAN SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari
Kategori: Mulut
-
Berapa ramai peserta program INSAN setiap tahun dari tahun 2016 hingga kini?
-
Berapa kos setiap tahun dari tahun 2016 hingga kini untuk melaksanakan program INSAN?
-
Berapa ramai perunding terlibat untuk mengendalikan program INSAN?
195) PEMBANGUNAN USAHAWAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Berapa banyakkah premis perniagaan dan zon-zon industri kecil dan sederhana (IKS) telah diwujudkan menurut daerah?
-
Apakah program-program inkubator bagi melahirkan usahawan yang telah dilaksanakan?
-
Berapakah Pusat Sehenti (OSC) yang telah diwujudkan menurut daerah?
195) PROJEK TERBENGKALAI
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze
Kategori: Mulut
-
Apakah keputusan Pejabat Tanah berkenaan cadangan MPSJ untuk merampaskan tanah yang terdapatnya projek terbengkalai selama lebih kurang 30 tahun yang terletak di antara Persiaran Kewajipan dan Persiaran Subang Permai, di sebelah Pusat Beli Belah Damen?
195) PPR DUN KOTA DAMANSARA
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim
Kategori: Mulut
-
Terdapat banyak rumah yang kosong dan rosak di PPR seksyen 8 dan PPR Putra Damai DUN Kota Damansara. Nyatakan statistik rumah rosak
-
Apakah tindakan MBPJ untuk memenuhi permintaan yang semakin bertambah
-
Adakah peruntukkan MBPJ mencukupi untuk mengatasi masalah ini
195) PENYELENGGARAAN RUMAH PANGSA KOS RENDAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah peruntukan yang telah digunakan dan berapakah jumlah unit rumah pangsa yang mendapat faedah dari program ini?
-
Adakah kerajaan mempunyai rancangan untuk meluaskan bantuan yang diberikan kepada rumah pangsa kos rendah?
195) PENYELENGGARAAN TAMAN PERMAINAN KANAK-KANAK DAN TAMAN REKREASI
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
-
Berapa banyak perbelanjaan yang digunakan untuk menyelenggara Taman-taman Permainan Kanak-Kanak dan taman rekreasi mengikut PBT sejak 5 tahun lalu?
-
Apakah tindakan yang diambil untuk mengatasi atau membaik pulih peralatan di taman permainan kanak-kanak yang rosak bagi mengurangkan risiko bahaya?
195) KAWASAN PENEMPATAN TIDAK TERANCANG
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Mulut
-
Apakah pendirian kerajaan ke atas kawasan penempatan lot tanah yang dipecah-pecahkan yang dibina rumah-rumah tanpa terancang
-
Bagaimanakah kerajaan dapat membantu dalam menyelesaikan masalah tersebut.
195) PERPUSTAKAAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha
Kategori: Mulut
-
Berapakah perpustakaan desa yang telah dibina sejak tahun 2008 mengikut DUN?
-
Berapakah jumlah pelawat yang pernah mengunjungi perpustakaan kerajaan di Shah Alam sejak ia dirasmikan. Sila sebut mengikut jantina dan umur.
-
Apakah bahan bacaan yang diminati oleh pelawat perpustakaan kerajaan di Shah Alam?
195) KEMUDAHAN SUKAN DI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Mulut
-
Bilakah Stadium mini MPAJ di Pandan Perdana akan siap?
-
Berapakah pejabat agensi kerajaan Selangor dilengkapi dengan kemudahan sukan atau bilik "gym"?
-
Berapakah padang yang telah dilengkapi dengan kemudahan sukan di DUN Teratai dalam tahun 2013-2017?
195) PERUSAHAAN TERNAKAN UDANG
Tahun:
Sesi:
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah
Kategori: Bertulis
-
Mengapakah kolam-kolam ternakan udang yang ada di Mukim Api-Api Kuala Selangor banyak terbiar?
-
Apakah langkah Kerajaan Negeri untuk mengaktifkan semula kolam ternakan tersebut bagi menampung bekalan udang ternakan?
