19) RIZAB HUTAN SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan lokasi,jumlah keluasan dan nombor warta hutan simpanan yang terdapat di Selangor.
-
Senaraikan rizab hutan dan hutan simpanan di Selangor yang telah dibatalkan wartanya dan tujuan pembatalan tersebut mengikut pecahan daerah bagi tahun 2007-2014.
-
Senaraikan lokasi,keluasan rizab hutan dan hutan simpan yang telah dibatalkan warta dan tujuan pembatalan tersebut bagi DUN Rawang untuk tahun 2004-2013.
20) KES DENGGI
Tahun:
Sesi:
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Dato' Dr. Karim Bin Mansor
Kategori: Bertulis
-
Kes denggi semakin meningkat di Selangor. Apakah taburan kes mengikut daerah dan kerajaan tempatan?
-
Apakah langkah-Iangkah jangka pendek dan jangka panjang untuk mengatasinya?
20) PERUMAHAN TERBENGKALAI – PROJEK TAMAN KAMPUNG SUNGAI YU INDAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak
Kategori: Bertulis
-
Pihak pembeli telah dijanjikan oleh kerajaan negeri untuk menyiapkan projek berkenaan pada tahun 2014 - status terkini projek taman kampung sungai yu indah?
-
Bilakah pembeli-pembeli akan dapat menduduki rumah berkenaan?
20) PERLANTIKAN DATUK BANDAR/YANG DIPERTUA PBT
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
-
Terdapat kekosongan jawatan Yang Dipertua di PBT-PBT seperti di Majlis Perbandaran Selayang dan Majlis Perbandaran Kajang. Kenapa jawatan-jawatan penting tersebut lambat diisi untuk menjamin pentadbiran PBT agar berjalan lancar?
-
Nyatakan kedudukan perjawatan bagi Datuk Bandar atau Yang Dipertua seluruh PBTPBT?
-
Adakah ahli-ahli politik boleh dilantik bagi mengisi kekosongan jawatan Datuk Bandar atau Yang Dipertua seluruh PBT-PBT?
20) KENAIKAN GAJI GURU KAFA
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah kenaikan guru KAFA yang telah diluluskan dan bilakah kenaikan tersebut akan dilaksanakan?
-
Adakah terdapat perbezaan kenaikan bergantung kepada peringkat usia, pangkat dan tempoh masa kerja? Huraikan.
-
Apakah kaedah perlaksanaan kenaikan tersebut, adakah secara berperingkat ataupun sama rata?
20) PENCEMARAN UDARA
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Dr. Idris Bin Ahmad
Kategori: Mulut
-
Pencemaran udara daripada pembakaran plastik di Ijok amat ketara. Apakah langkah-langkah Kerajaan Negeri, PTD dan Majlis Tempatan untuk membenteras aktiviti haram ini?
20) BANGUNAN BERSEJARAH DAN WARISAN SELANGOR DI KUALA LUMPUR
Tahun:
Sesi:
Isu: Adat Istiadat & Warisan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan semua bangunan bersejarah yang dimiliki oleh Kerajaan Selangor di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta keadaan guna pakai bangunanbangunan tersebut pada masa sekarang
20) ISU BANJIR DI KAWASAN TAMAN HARMONI, BALAKONG
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Ean Yong Hian Wah
Kategori: Mulut
-
Bagaimana Kerajaan Negeri dapat mengatasi masalah banjir di Taman Harmoni, Balakong yang telah berlaku lebih daripada 10 Tahun?
20) KUTIPAN DAN PENGAGIHAN ZAKAT
Tahun:
Sesi:
Isu: hal ehwal islam
Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan jumlah kutipan dan pengagihan zakat Selangor 2008-2012?
-
Apakah strategi dan kaedah untuk meningkatkan kutipan dan kecekapan pengagihan?
-
Nyatakan jumlah asnaf dan nilai zakat yang menerima pengagihan pada tahun 2013 mengikut daerah, Parlimen dan DUN?
20) JEREBU
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali
Kategori: Mulut
-
Bagaimanakah kerajaan negeri merancang untuk menangani masalah jerebu yang berulang?
-
Apakah tindakan proaktif kerajaan bagi mengelak kesihatan rakyat terkesan oleh jerebu yang berpanjangan?
-
Berapakah kos kerugian yang dialami Selangor natijah jerebu?
