20) PENGLIBATAN BELIA DALAM PEMODENAN PERTANIAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan statistik yang menunjukkan penglibatan golongan belia dalam pemodenan pertanian di Selangor?
-
Apakah bentuk pertanian yang banyak diceburi oleh golongan belia?
20) PUSAT HIBURAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan
Kategori: Mulut
-
Nyatakan Statistik bilangan kelulusan di PBT Pusat Hiburan Keluarga mengikut pecahan :- i. Di Shop Lot ii. Di Shopping Complex
-
Apakah standard kelulusan sesebuah pusat hiburan keluarga di setiap PBT dan berapakah bilangan permohonan purata setiap tahun bermula 2010 -2015?
20) PELAJAR UNISEL
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Mulut
-
Nyatakan jumlah kemasukan pelajar ke UNISEL dari 2017-2019 mengikut kursus?
-
Nyatakan cabaran atau masalah UNISEL untuk menarik minat pelajar asing untuk belajar di UNISEL dan apakah strategi UNISEL untuk menarik minat pelajar belajar di sana?
20) HARGA RUMAH DAN HARTANAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Amirudin Bin Shari
Kategori: Mulut
-
Apakah langkah kerajaan Negeri dalam mengawal harga rumah yang melambung tinggi khususnya selepas perlaksanaan GST ?
-
Adakah kerajaan Negeri dapat menjamin harga rumah mampu milik kekal walaupun selepas perlaksanaan GST ?
20) PROGRAM MAMOGRAM PERCUMA KEPADA WANITA SELANGOR (MAMMOSEL)
Tahun:
Sesi:
Isu: Wanita & Keluarga
Adun:
Kategori: Bertulis
-
Apakah perkembangan terbaru program ini dan beri statistik yang wanita yang telah berdaftar mengikut daerah dan DUN?
20) PENULARAN PENYAKIT BERJANGKIT DAN BERBAHAYA
Tahun:
Sesi:
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah
Kategori: Bertulis
-
Penyakit berjangkit dan berbahaya boleh mengancam nyawa seseorang yang menghidapnya tidak kira umur, jantina, kaum dan bangsa. Apakah tindakan Kerajaan Negeri bagi meningkatkan lagi tahap kebersihan dan prasarana serta kemudahan awam di setiap kawasan bandar, kampung dan pendalaman bagi mengelakkan penularan penyakit berjangkit dan berbahaya?
-
Apakah langkah-langkah pencegahan jangka pendek dan jangka panjang dari Kerajaan Negeri di dalam membendung penularan penyakit berjangkit dan berbahaya?
-
Nyatakan statistik terkini penyakit berjangkit dan berbahaya di dalam Negeri Selangor khususnya di Pelabuhan Klang?
20) LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN – PEMBINAAN JALANRAYA BESTARI JAYA DAN PEKAN SIMPANG 3 IJOK
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Dr. Idris Bin Ahmad
Kategori: Mulut
-
Apakah langkah-langkah yang dirancang oleh kerajaan untuk mengelakkan bahaya di jalan raya ini?
20) BANJIR
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin
Kategori: Bertulis
-
Apakah rancangan yang akan diambil untuk mengatasi banjir di Bandar Kajang dan sila memberi jadual pelaksanaan rancangan tersebut.
-
Apakah tindakan yang telah diambil oleh PBT untuk mengawal pembangunan yang pesat di bahagian hulu Sg jelok yang merupakan salah satu punca berlaku banjir di Kajang.
20) DENGGI
Tahun:
Sesi:
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah kes denggi yang berlaku di DUN Balakong sejak tahun 2008 hingga 2010?
-
Berapakah jumlah kawasan yang telah dikenal pasti sebagai kawasan panas wabak Denggi di DUN Balakong pada jangka masa tersebut?
-
Apakah langkah-langkah diambil kerajaan bagi mengawal pembiakan nyamuk Aedes dan apakah keberkesanannya?
20) INDEKS JENAYAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Dato' Dr. Karim Bin Mansor
Kategori: Mulut
-
Bagaimanakah indeks jenayah Selangor tahun ini berbanding tahun lepas?
-
Apakah langkah proaktif membendung kewujudan pusat hiburan haram?
-
Apakah program yang boleh dijayakan oleh masyarakat untuk bersama membanteras jenayah?
