212) PENCEMARAN AIR SUNGAI YANG MENJADI SUMBER AIR TERAWAT
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Mulut
-
Apakah tindakan yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri ke atas 4 episod pencemaran air di Negeri Selangor?
-
Adakah tindakan tegas telah diambil terhadap kilang-kilang tanpa lesen di sepanjang jajaran sungai sumber air mentah yang menjadi penyumbang kepada pencemaran tersebut?
212) PERPADUAN DAN KEHARMONIAN HIDUP RAKYAT SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Mulut
-
Apakah dasar dan program komprehensif Kerajaan Negeri untuk mempastikan Rakyat Selangor hidup berkeadaan harmoni, bahagia dan kesejahteraan dibawah pimpinan Pakatan Rakyat / Pakatan Harapan?
212) JALAN BENDANG DI JELAPANG PADI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan berapakah jumlah peruntukan tahunan yang disalurkan khusus untuk menaiktaraf dan membaiki jalan bendang di Sekinchan?
-
Sila nyatakan bilakah kerja-kerja menurap jalan Taliair 5 sepanjang 5 km akan dimulakan?
-
Sila nyatakan berapakah anggaran kos untuk tujuan tersebut?
212) PENDAFTARAN PUSAT TAHFIZ DI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: hal ehwal islam
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Mulut
-
Apakah status terkini pendaftaran Pusat-Pusat Tahfiz swasta dan persendirian di Selangor?
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk terus memperkasakan Pusat Tahfiz tersebut?
212) PERMOHONAN RUMAH SELANGORKU
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan
Kategori: Mulut
-
Nyatakan jumlah permohonan Rumah Selangorku mengikut jenis dan daerah?
-
Bagaimanakah Kerajaan Negeri memenuhi pemohonan Rumah Selangorku yang semakin meningkat?
212) DISKAUN PEMBELIAN RUMAH BUMIPUTERA
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
-
Nyatakan jenis rumah yang masih memiliki diskaun pembelian bumiputera dan jumlahnya?
-
Apakah Kerajaan Negeri berhasrat menghapuskan diskaun bumiputera bagi mewujudkan konsep sama rata kepada pembeli?
212) MENGATASI MASALAH BANJIR DI KG. HAJI RAZALI DAN KG. SG . SIREH
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
-
Apakah punca utama masalah banjir yang sentiasa berlaku setiap kali hujan lebat di kampung tersebut
-
Apakah tindakan segera dan jangka Panjang kerajaan negeri bagi mengatasi masalah banjir tersebut dan supaya tidak berlaku lagi?
212) PEMOTONGAN BEKALAN ELEKTRIK OLEH TNB
Tahun:
Sesi:
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali
Kategori: Mulut
-
Sejauh manakah usaha Kerajaan Negeri bagi mewujudkan satu kerjasama yang lebih berkesan di antara TNB dan PBT dalam isu pemotongan bekalan elektrik terutama di jalan-jalan utama berhampiran kawasan kediaman penduduk.
212) SISTEM TRAFIK
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Preakas A/l Sampunathan
Kategori: Mulut
-
Apakah pelan terkini bagi penambahbaikan Sistem Trafik di Kota Kemuning?
-
Apakah perbincangan terkini bagi isu infrastruktur jambatan tambahan/ jalan alternatif kepada penduduk Kota Kemuning dan Bukit Rimau ke arah kesas?
-
Nyatakan pelan untuk mengatasi kesesakan trafik di lebuh raya kesas.
212) PEMERIKSAAN KEBERSIHAN PREMIS MAKANAN DI DUN MERU
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah premis makanan berlesen dan tanpa lesen?
-
Berapa kalikah pemeriksaan telah dilaksanakan sejak 2016?
-
Apakah syarat-syarat pematuhan kebersihan premis makanan?
