214) LESEN-LESEN PERNIAGAAN KECIL
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Manoharan A/l Malayalam
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah perniagaan kecil yang telah dikeluarkan oleh pihak kerajaan tempatan mengikut komposisi kaum bagi tahun 2008, 2009, 2010 dan 2011 di negeri Selangor ini?
-
Apakah jenis-jenis perniagaan kecil yang diberikan lesen oleh Pihak Berkuasa Tempatan?
-
Berapakah jumlah lesen-lesen perniagaan mengikut komposisi kaum bagi gerai-gerai makanan dan gerai-gerai kecil yang lain?
214) ISU JENAYAH DAN KESELAMATAN BERPUNCA DARIPADA WARGA ASING
Tahun:
Sesi:
Isu: Warga Asing & Hal Ehwal Luar Negeri
Adun: Y.B. Tuan Razaly Bin Hassan
Kategori: Mulut
-
Kedudukan kuasa Kerajaan Negeri dan kekangan-kekangannya berkaitan pengambilan dan pengawalan terhadap pekerja asing, termasuk PATI?
-
Sila nyatakan tindakan-tindakan yang telah dan akan diambil oleh Kerajaan Negeri bagi mengatasi isu jenayah dan keselamatan yang berpunca daripada warga asing ini?
214) PERUSAHAAN KECIL DAN SEDERHANA (PKS)
Tahun:
Sesi:
Isu: Perindustrian
Adun: Y.B. Tuan Dr. Cheah Wing Yin
Kategori: Mulut
-
Perusahaan kecil dan sederhana (KS) merupakan sektor ekonomi yang sangat mengalami desakan hangat dalam kegawatan ekonomi di Malaysia. Betapa teruknya keadaan di Malaysia. Apakah bantuan yang dibekalkan oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk meringankan beban mereka ?
214) POLISI 1 PBT UNTUK 1 UPTOWN TIDAK SESUAI BAGI KAWASAN PBT YANG BESAR SEPERTI MBSA
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman
Kategori: Mulut
-
Apakah kerajaan boleh mengecualikan polisi tersebut bagi kawasan MBSA yang besar?
-
Bolehkah kerajaan mempertimbangkan kewujudan Uptown di kawasan yang sesuai dalam Sungai Buloh ?
214) SISTEM PEMBENTUNGAN TERBIAR
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Bertulis
-
Apakah tindakan Kerajaan Negeri boleh dilakukan terhadap Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) yang belum menyelesaikan masalah sistem pembentungan terbiar di Lembah Beringin menyebabkan sisa kumbahan melimpah keluar ke jalan utama dan kawasan perumahan?
-
Status terkini kerja-kerja pembaikan sistem pembentungan terbiar di Taman Seri Rasa, Hulu Selangor.
214) PARKING BERTINGKAT DI STESEN LRT 10 PUCHONG PERDANA
Tahun:
Sesi:
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Puan Noor Hanim Binti Ismail
Kategori: Mulut
-
Bilakah perancangan pihak prasarana akan membina parking bertingkat di stesen LRT 10 Puchong Perdana?
-
Adakah pihak prasarana tidak mampu untuk membina tempat parking tersebut?
214) TIKUS YANG BERKELIARAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail
Kategori: Bertulis
-
Apakah usaha agresif yang telah sukses bagi membanteras tikus-tikus berkeliaran ini?
-
Agensi mana yang dipertanggungjawabkan terutama di kawasan perumahan?
-
Berapakah peruntukan yang telah disediakan untuk tujuan ini?
214) BANJIR LUMPUR DI KAMPUNG BATU TIGA, JALAN BANGI LAMA SEMENYIH
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
-
Apakah langkah jangka pendek dan jangka panjang yang telah dan akan diambil untuk mengatasi masalah banjir lumpur di kawasan tersebut?
-
Apakah tindakan ke atas pemaju perumahan yang tidak menitikberatkan sistem perparitan di tapak projek?
214) ISU SAMPAH SARAP
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha
Kategori: Mulut
-
Adakah kerajaan akan membuka tapak kosong untuk dijadikan tempat pembuangan sampah sarap. Jika ada sila senaraikan tempat yang dicadangkan?
-
Bagaimanakah kerajaan mengatasi masalah tempat pembuangan sampah sarap yang terlalu jauh dan tidak mencukupi?
214) Visit Selangor 2020
Tahun:
Sesi:
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki
Kategori: Mulut
-
Memandangkan situasi Covid-19 menjadi serius dan tidak stabil, apakah strategi kerajaan untuk menjalankan program Visit Selangor 2021?
