215) PEMAKANAN SIHAT DI DALAM SEKOLAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin
Kategori: Mulut
-
Makanan sihat amat penting bagi memastikan kesihatan kanak-kanak dan anak muda. Apakah terdapat sebarang inisiatif oleh Kerajaan Negeri Selangor dalam memastikan pemakanan yang lebih sihat (contoh: Senarai jenis makanan untuk pegerai kantin) dapat dilaksanakan dalam sekolah-sekolah di bawah Negeri Selangor?
215) PJD LINK
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Mulut
-
Apakah status terkini cadangan lebuh raya PJD-Link?
-
Adakah pihak syarikat ada membuat rayuan kepada Kerajaan Negeri?
215) PROGRAM PEDULI SIHAT
Tahun:
Sesi:
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail
Kategori: Mulut
-
Sejauh manakah kejayaan yang dicapai oleh Kerajaan sejak melancarkan Kad Peduli Sihat untuk rakyat Selangor?
-
Berapakah jumlah rakyat yang telah mendapat manfaat?
-
Berapakah jumlah peruntukan yang telah dikeluarkan setakat ini?
215) LEMBU-LEMBU KORBAN AIDUL ADHA
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Dr. Idris Bin Ahmad
Kategori: Mulut
-
Kenapa saiz lembu-lembu yang diberi oleh negeri kurus-kurus sahaja?
215) IMPAK KEWANGAN PELAKSANAAN PENGECUALIAN CUKAI TAKSIRAN DAN FI LESEN PENJAJA
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan kekurangan hasil setiap PBT setelah pelaksanaan pengecualian cukai taksiran bagi rumah kos rendah dan rumah kampung.
-
Nyatakan kekurangan hasil setiap PBT setelah pelaksanaan pengecualian fi lesen perniagaan penjaja kecil, pasar malam dan pasar tani.
-
Adakah pelaksanaan pengecualian tersebut telah memberi impak kewangan yang besar kepada Majlis Daerah? Jika ya, apakah langkah diambil oleh Kerajaan Negeri?
215) TANAH PERKUBURAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan jumlah caruman Tabung Amanah Perkuburan yang telah dikutip oleh kerajaan mengikut daerah dari Tahun 2009 sehingga 2015.
-
Senaraikan permohonan dana caruman tabung amanah perkuburan yang telah diluluskan serta lokasi dan jumlah peruntukan bagi setiap permohonan tersebut.
-
Apakah prosedur untuk memohon dana pengurusan tanah perkuburan?
215) PERMOHONAN TANAH PERTANIAN DI BLOK 81 HULU PERDIK
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Ismail Bin Sani
Kategori: Mulut
-
Difahamkan terdapat tanah kerajaan yang tidak diterokai oleh penduduk tempatan begitu lama selepas pemerintahan Jepun di Daerah Hulu Langat ini termasuk di Hulu Perdik, Hulu Langat. Apakah status permohonan QT Tanah Pertanian di Blok 81 Hulu Perdik?
215) PAYA INDAH WETLAND
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri Selangor mengubah zoning Paya Indah Wetland dan menjual Paya Indah Wetland?
215) JAWATANKUASA AUDIT DAN PENGURUSAN KORPORAT PBT
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Mulut
-
Nyatakan bilangan mesyuarat Jawatankuasa Audit dan Pengurusan Korporat mengikut PBT bagi tahun 2013.
-
Adakah Kerajaan Negeri berhasrat untuk mengkaji semula fungsi dan peranan Jawatankuasa Audit dan Pengurusan Korporat memandangkan ianya kurang berkesan untuk mempertingkatkan penyampaian perkhidmatan PBT.
215) KEBENARAN MERANCANG
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Bertulis
-
Akta Perancangan Bandar & Desa 1976 Dan Akta Jalan, Parit & Bangunan Majlis Perbandaran Klang & Pejabat daerah Tanah Klang. Apakah penyebab penguatkuasaan tidak efisien?
-
Apakah boleh pesalah menfail saman ganti rugi dan penguat kuasa menanggung kos pemulihan? Senaraikan rekod.
-
Berapakah premis komersial tidak patuh menerima notis awal dan notis mahkamah sejak kerja-kerja awal hingga siap bina, duduk dan operasi di DUN Meru sehingga kini? Senaraikan rekod terkini?
