27) Tindakan Proaktif Halang Kilang Haram
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Adhif Syan Bin Abdullah
Kategori: Mulut
-
Adakah negeri mempunyai penyelesaian proaktif dalam memastikan kilang-kilang ini dihentikan sebelum ianya memudaratkan pengguna?
-
Adakah negeri bercadang menggunakan kaedah lebih futuristik, seperti penggunaan dron untuk menjalankan aktiviti penguatkuasaan atau memastikan semua kilang memasang indikator pencemaran?
27) PERUMAHAN TERBENGKALAI
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Datuk Mohd Isa Bin Abu Kasim
Kategori: Bertulis
-
Terdapat banyak projek perumahan terbangkalai di Negeri Selangor ini salah satu ialah Projek Pembesaran Kampung Koskan, Sungai Choh. Pembeli yang terlibat telah menghadapi pelbagai masalah sejak sembilan tahun lalu untuk mendiami rumah mereka kerana tidak disiapkan oleh pemaju. Apakah tindakan yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri terhadap projek perumahan pembesaran Kampung Koskan ini dan Bolehkah dijelaskan apakah status dan kemajuan projek tersebut ?
-
Bagaimanakah Kerajaan Negeri membantu pembeli untuk mendapatkan hak sebagai pembeli dan pemilik rumah tersebut ?
-
Adakah Kerajaan Negeri akan berusaha untuk mendapat pampasan untuk diberikan kepada pembeli-pembeli tersebut ?
27) KESAN EKONOMI COVID-19
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Bertulis
-
Bagaimana Covid-19 menjejaskan prestasi pendapatan negeri pada tahun ini?
-
Bagaimana Kerajaan Negeri mengatasi masalah tersebut?
27) KAD KISS
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah pemohonan Kad Kiss yang layak menerima Kad Kiss tetapi ditolak atas sebab had kuota mengikuti DUN?
-
Apakah tindakan Kerajaan untuk membantu golongan ini yang layak menerima bantuan?
27) TAMAN SAINS SELANGOR II
Tahun:
Sesi:
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohamad Khir Bin Toyo
Kategori: Bertulis
-
Apakah pecahan jumlah syarikat dan pelaburan di Selangor Science Park II pada 2009, 2010, 2011?
-
Berapa ramai peluang pekerjaan yang diwujudkan di kawasan ini sehingga kini?
27) BADAN PENGURUSAN FLAT
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan
Kategori: Mulut
-
Terdapat flat kos rendah yang lama tetapi masih tidak dapat menubuhkan badan pengurusan bersama sekiranya menimbulkan pelbagai masalah infrastruktur, jadi adakah terdapat perancangan atau penyelesaian dari Kerajaan Negeri jika berlaku masalah?
27) PEMBANGUNAN SUNGAI KELANG
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohamad Khir Bin Toyo
Kategori: Mulut
-
Difahamkan keseluruhan pembangunan Sungai Kelang menelan belanja RM 6 bilion. Apakah nama syarikat-syarikat yang terlibat?
-
Dari manakah syarikat terbabit mendapat sumber kewangan bagi membuat kajian awal?
-
Bagaimanakah syarikat terbabit akan meneruskan projek ini tanpa perruntukan kerajaan negeri?
27) TANAH UNTUK RUMAH IBADAT BUKAN ISLAM
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Selain Islam
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan jumlah tanah yang telah diwartakan untuk kegunaan rumah ibadat bukan Islam dengan perbandingan tahun 2007 dan 2019 dengan mengikut DUN.
-
Senaraikan tanah rumah ibadat bukan Islam yang masih kosong untuk permohonan.
27) PENDIDIKAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah
Kategori: Bertulis
-
Universiti Industri Selangor atau UNISEL adalah milik kerajaan Negeri Selangor. Adakah Kurikulum di UNISEL menepati ÔstandardÕ pembelajaran kebangsaan atau antarabangsa dan mengikuti pengesahan LAN. Berapakah jumlah pelajar yang berhenti,mengapakah kemerosotan ini berlaku
-
Ada terdapat ramai pelajar antarabangsa berhijrah meninggalkan UNISEL. atau memilih tidak mahu belajar di UNISEL. Ramai pekerja sambilan dan kontrak, tertunggak pembayaran untuk kerja mereka. Adakah ini disebabkan kemunduran UNISEL di bawah pentadbiran kerajaan negeri atau adakah UNISEL mengalami defisit?
27) PEMBERSIHAN SAMPAH OLEH ALAM FLORA SB
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun:
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan kenapa Syarikat Alam Flora yang selama ini berkeras tidak mahu melepaskan kerja-kerja pembersihan sampah tiba-tiba menarik diri secara tuntas pada 15 hari bulan Oktober?
-
Sila nyatakan apakah terdapat perancangan sulit oleh pihak tertentu untuk mencalarkan imej Kerajaan Negeri dalam isu penarikan Syarikat Alam Flora?
-
Sila nyatakan setakat manakah kemampuan Kerajaan Negeri melalui PBT dapat mengisi kekosongan yang ditinggal oleh syarikat tersebut?
