35) JAWATANKUASA KHAS PANTAU PEMBERIAN KONTRAK ALAM FLORA
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Bertulis
-
Apakah skop tugas dan tanggungjawab Jawatankuasa Audit Khas?
-
Siapakah yang akan menganggotai JK tersebut?
-
Adakah jawatankuasa sama akan diperluaskan tugasnya memantau pemberian kontrak- kontrak yang lain selain pengurusan sampah?
35) STATUS TERKINI TENTANG MASALAH PEMINDAHAN PENGHUNI-PENGHUNI DI JALAN PAPAN DAN JALAN BUKIT KERAYONG
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Tan Pok Shyong
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan status terkini tentang masalah pemindahan penghuni-penghuni di Jalan Papan dan Jalan Bukit Kerayong.
-
Berapakah unit rumah teres dan unit pangsapuri akan dibina di atas tapak Jalan Papan dan Jalan Bukit Kerayong?
-
Apakah isu yang masih tertunggak?
35) PENAMBAHBAIKAN SKIM MESRA USIA EMAS
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Mulut
-
Kerajaan Selangor 2009 - 2016 telah membelanjakan RM 192, 946, 500 untuk bayaran SMUE kepada waris. Untuk penambahbaikan SMUE sedia ada, bilakah pembayaran dapat dibuat kepada warga emas semasa hayat?
35) GERAN MARRIS
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus
Kategori: Mulut
-
Kerajaan Persekutuan memperuntukkan geran Sistem Maklumat Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS) untuk menyelenggara jalan-jalan raya. Berapakah peruntukan MARRIS yang diterima oleh kerajaan negeri sejak 2009 sehingga 2011?
-
Bagaimanakah prestasi penggunaan geran tersebut?
-
Apakah geran tersebut digunakan untuk tujuan lain kerana didapati banyak jalan tidak diselenggara dengan baik?
35) PEMBERHENTIAN KERJA SEKTOR AERO-ANGKASA
Tahun:
Sesi:
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Tuan Shatiri Bin Mansor
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah serta sebab pemberhentian pekerjaan dalam sektor Aero-Angkasa setiap tahun dalam tempoh 5 tahun lalu ( 2015-2019 ) ?
-
Syarikat-syarikat yang terlibat di pemberhentian tersebut ?
35) BANTUAN BIASISWA PELAJAR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah biasiswa kerajaan negeri yang dikeluarkan kepada pelajar cemerlang pada dua tahun lepas?
-
Berapakah jumlah peruntukan biasiswa kepada pelajar bukan bumiputera?
-
Apakah rancangan kerajaan supaya biasiswa ini ditingkatkan? Sila jelaskan.
35) PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI SELANGOR (PKNS)
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak
Kategori: Mulut
-
Apakah status terkini cadangan pembangunan hartanah oleh PKNS bagi memajukan kawasan padang PKNS Kelana Jaya?
-
Senaraikan syarikat-syarikat yang berjaya/terpilih untuk memajukan tanahtanah milik PKNS di bawah program penswastaan pembangunan tanah miliknya dari tahun 2008 sehingga kini?
-
Apakah pengurusan PKNS akan mengubah sistem kuota penjualan rumah di bawah kelolaan PKNS dengan peruntukan 70% untuk Bumiputera dan 30% bukan Bumiputera?
35) PASUKAN RONDAAN KAMPUNG
Tahun:
Sesi:
Isu: Pembangunan Kampung
Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali
Kategori: Bertulis
-
Adakah Kerajaan Negeri memperlengkapkan pasukan rondaan kampung bertujuan menjaga keselamatan dan mencegah mungkar dengan sistem yang teratur (berjadual/terlatih), berkebajikan (elaun token) dan ada ciri keselamatan?
-
Sejak 2008 hingga Jun 2016, berapakah insiden yang tidak diingini yang melibat pasukan rondaan kampung?
35) AIR MINERAL
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Program Merakyatkan Ekonomi Selangor juga melibatkan peningkatan hasil bahanbahan mineral. Apakah air mineral juga termasuk dalam kategori bahan-bahan mineral?
-
Apakah dasar dan program kerajaan untuk meningkatkan hasil daripada air mineral?
-
Apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh kerajaan untuk meningkatkan hasil negeri melalui perusahaan air mineral?
35) PERUNTUKAN UNTUK PEMBANGUNAN DESA
Tahun:
Sesi:
Isu: Pembangunan Luar Bandar
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan jumlah peruntukan untuk naik taraf infrastruktur di kawasan kampungkampung tradisi Melayu dan Cina untuk tahun 2007-2015 mengikut pecahan daerah.
-
Senaraikan jumlah peruntukan dan jenis projek yang telah dijalankan untuk naik taraf infrastruktur perkampungan Melayu dan Cina bagi Pejabat Daerah Gombak bagi tahun 2008-2015.
