35) INFLASI SERTA CARA-CARA MENGATASINYA
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Memandangkan kerajaan telah memberi 20m3 air percuma kepada pengguna-pengguna air yang mempunyai meter individu, adakah kerajaan akan meminta pengusaha-pengusaha restoran supaya tidak mengenakan caj terhadap air kosong demi mengatasi masalah inflasi?
35) PREMIS MAKANAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Mulut
-
Senaraikan secara terperinci jumlah operasi penggredan premis makanan dari tahun 2014-2015?
-
Berapakah jumlah premis perniagaan yang diarahkan tutup dari tahun 2014- 2015 di Selangor?
35) TANAH SEBAGAI TAPAK PERSEKOLAHAN SJK (C) DI DUN TERATAI
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Mulut
-
Apakah tindakan pelaksanaan Kerajaan Negeri dalam membekalkan tanah sebagai tapak persekolahan SJK (C) di DUN Teratai dalam tahun 2013-2014.
-
Apakah sebab Kerajaan Negeri belum menjadikan kawasan lapang tapak persekolahan di Jalan Maju 2, Taman Lembah Maju dan/atau di Jalan Saga 24, Taman Saga sebagai tapak persekolahan SJK (C)?
35) BANTUAN SOKONGAN KELUARGA (BSK)
Tahun:
Sesi:
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Mulut
-
Berapa ramai bekas isteri yang telah mendapat manfaat daripada skim Bantuan Sokongan Keluarga?
-
Apakah tahap keberkesanan BSK kepada pasangan yang telah bercerai dan melibatkan pemberian nafkah anak dalam jagaan bekas isteri?
35) MANIFESTO MANFAAT WARGA EMAS, OKU & ANAK YATIM
Tahun:
Sesi:
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Dato' Warno Bin Dogol
Kategori: Bertulis
-
Apakah status pelaksanaan manifesto tersebut?
-
Berapakah bilangan warga emas, orang kurang upaya dan anak yatim di Selangor dari 2008 hingga 2012 pecahan kaum?
-
Berapakah jumlah peruntukan yang telah digunakan untuk membantu mereka yang terbabit?
35) PERUNTUKAN TAHUNAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah
Kategori: Mulut
-
Kerajaan Negeri Selangor memperuntukkan kewangan tahunan kepada SJKC, SJKT dan SAR. Berapa banyak peruntukan telah diluluskan kepada SJKC, SJKT dan SAR di kawasan DUN Sg. Pelek mengikut pecahan sekolah semenjak tahun 2008 sehingga sekarang ?
35) INDUSTRI DI PETALING JAYA
Tahun:
Sesi:
Isu: Perindustrian
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Mulut
-
Apakah usaha Kerajaan Negeri untuk menarik industri-industri ke Petaling Jaya?
-
Butirkan bilangan lot tanah industri yang kosong atau terbiar pada masa ini.
35) PERKHIDMATAN WIFI SELANGORKU
Tahun:
Sesi:
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Bertulis
-
Adakah perancangan untuk mempertingkatkan kecekapan tahap liputan penerimaan rangkaian kepada pengguna?
-
Bolehkah menambah bilangan pusat perkhidmatan sedia ada, pada setiap DUN? terutama luar dan pinggir bandar?
35) RUMAH TERBENGKALAI
Tahun:
Sesi:
Isu: perumahan
Adun:
Kategori: Bertulis
-
Apakah pendekatan yang diambil bagi menyelesaikan rumah terbengkalai berkenaan?
-
Setakat ini, berapakah projek rumah terbengkalai yang telah disediakan?
-
Apakah kriteria-kriteria diutamakan untuk pemulihan?
36) MENUNAIKAN MANIFESTO
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Bertulis
-
Apakah dasar dan perancangan yang diambil oleh kerajaan Negeri Selangor untuk memastikan jurang perbezaan pembangunan yang ketara di antara kawasan bandar dan luar bandar dapat di kurangkan?
-
Sila nyatakan rancangan-rancangan dan projek-projek yang akan di laksanakan bagi meningkatkan pertumbuhan dan pembangunan di daerah-daerah yang masih tertinggal dari segi pembangunannya seperti daerah Sabak Bernam dan Hulu Selangor?
