36) KES SIVIL KERAJAAN SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan semua kes sivil terhadap Kerajaan Negeri oleh mana-mana pihak di mana tuntutan bernilai RM1,000,000 ke atas yang masih buka?
-
Berapa kes yang telah diselesaikan di luar mahkamah dalam 3 tahun yang lepas?
-
Apakah prosedur pelantikan peguam luar untuk kes sivil?
36) NON REVENUE WATER (NRW)
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro
Kategori: Mulut
-
Apakah langkah-langkah Kerajaan Negeri untuk mencapai sasaran pengurangan NRW?
-
Bagaimanakah NRW dapat dikurangkan setelah selesai penstrukturan industri air negeri?
36) KEMPEN PENERANGAN KERAJAAN NEGERI
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun:
Kategori: Bertulis
-
Pada Julai 2010, YAS Menteri Sesar mengumumkan peruntukan sebanyak RM 15 juta bagi tujuan penerangan isu-isu membabitkan kerajaan negeri Selangor. Siapakah yang mengetuai organisasi ini, berapakah pegawai yang terbabit dan berapakah tangga gaji mereka?
-
Sagaimanakah peruntukan RM 15 juta ini diagihkan dan syarikat-syarikat mana yang menerima peruntukan ini?
36) PERBELANJAAN PENGURUSAN AHLI-AHLI MAJLIS NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah sebenar perbelanjaan yang melibatkan bayaran elaun tetap bulanan, keraian dan pengurusan pejabat untuk ahli-ahli majlis di setiap PBT bagi tahun 2008 di Negeri Selangor?
-
Senaraikan jumlah kutipan cukai pintu dan cukai taksiran untuk rumah kediaman dan premis komersial yang Berjaya dikutip oleh setiap PBT di Negeri Selangor bagi tahun 2008.
36) PELUANG EKONOMI BELIA
Tahun:
Sesi:
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Najwan Bin Halimi
Kategori: Mulut
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri dalam membantu kelompok belia yang terjejas dari sudut ekonomi pasca pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan?
36) GRADUAN TERLIBAT AKTIVITI MILITAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi
Kategori: Mulut
-
Nyatakan dengan terperinci berkenaan laporan yang dikeluarkan oleh PDRM berkenaan graduan KUIS yang terlibat dengan kumpulan militan di Syria?
-
Apakah faktor penglibatan graduan KUIS yang terlibat dengan kumpulan militan ini?
-
Apakah usaha kerajaan negeri untuk memastikan perkara ini tidak berulang?
36) UNIVERSITI SELANGOR (UNISEL)
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Syamsul Firdaus Bin Mohamed Supri
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri serius untuk memartabatkan status UNISEL?
-
Berapakah peruntukan yang diberikan kepada UNISEL bagi operasinya dalam 5 tahun terakhir ini?
-
Adakah UNISEL membuka ruang kepada sektor korporat bagi memberikan sumbangan dalam bentuk dana pembiayaan kepada operasinya sebagai CSR?
36) MESYUARAT JAWATANKUASA PERANCANG NEGERI
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan semua wakil syarikat pemaju yang telah hadir untuk mana-mana mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri dalam 3 tahun yang lepas. Sila juga butirkan tarikh mesyuarat dan tajuk perkara yang melibatkan pemaju tersebut.
36) PENYELENGGARAAN JALAN-JALAN BUKAN DI BAWAH MARRIS
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Bertulis
-
Apakah langkah-langkah Kerajaan Negeri untuk memastikan jalan-jalan bukan di bawah MARRIS sentiasa dalam keadaan yang elok terutamanya jalan-jalan yang digunakan oleh banyak kenderaan berat dan ringan walaupun pemajunya sudah gulung tikar dan jalannya belum diserahkan kepada agensi pelaksana?
-
Adakah Kerajaan Negeri mempunyai kuasa untuk menyelenggarakan jalan-jalan di kawasan FELDA? Jika tidak, nyatakan cara-cara yang boleh memastikan jalanjalan FELDA di Selangor dalam keadaan yang elok
36) PEMAJU DAN PEMBANGUNAN HARAM
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Halimey Bin Abu Bakar
Kategori: Bertulis
-
Bagaimanakah proses penyerahan oleh pemaju kepada pihak PBT dan apakah tindakan yang diambil oleh PBT terhadap pemaju yang bermasalah sehingga berpuluh tahun gagal meyerahkan kepada pihak PBT sehingga memberi kesan kepada pemilik/pembeli?
