40) PERUNTUKAN PEMBANGUNAN UNTUK MASJID/SURAU
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Shatiri Bin Mansor
Kategori: Mulut
-
Apa kah kriteria-kriteria yang di guna pakai æuntuk menetukan masjid/surau/institusi agama yang manakah yang æakan di salurkan peruntukan untuk penyelengaraan/naik taraf dari MBI ?
40) PIHAK BERKUASA TEMPATAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan maklumat terperinci PBT yang mengalami defisit dalam Belanjawan 2007 dan 2008 (jumlah hasil, jumlah kos, jumlah defisit, punca defisit) dan apakah langkahlangkah yang akan dilaksanakan oleh kerajaan bagi mengatasi keadaan defisit belanjawan PBT?
-
Apakah polisi kerajaan dalam penilaian keberkesanan PBT dan apakah langkah yang akan dilaksanakan bagi meningkatkan keberkesanan PBT. Ulaskan.
-
Apakah langkah kerajaan untuk memulihkan pilihan raya tempatan? Ulaskan
40) PENSTRUKTURAN INDUSTRI AIR
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Datuk Mohd Isa Bin Abu Kasim
Kategori: Mulut
-
Kerajaan negeri telah melancarkan kempen massa dan demonstrasi agar industri air di Selangor diambil alih kerajaan negeri. Apakah impak positif terhadap rakyat hasil daripada kempen tersebut?
-
Apakah perkembangan mutakhir cubaan kerajaan negeri mengambil alih industri air tersebut daripada pihak swasta?
-
Adakah kerajaan negeri mempunyai kewangan yang cukup untuk mengambil alih industri air negeri?
40) SETINGGAN DAN PENEMPATAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan
Kategori: Mulut
-
Berapakah rekod penempatan setinggan yang masih ada di Selangor mengikut daerah?
-
Apakah usaha dan perancangan Kerajaan Negeri untuk menyusun semula penempatan tersebut?
40) USAHAWAN AGRO GENERASI MUDA
Tahun:
Sesi:
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Ir. Haji Mohd Haslin Bin Hassan
Kategori: Mulut
-
Berapa ramaikah usahawan agro/tani yang telah dilahirkan oleh kerajaan sejak 2010?
-
Berapakah pendapatan purata bulanan usahawan agro/tani yang dikategorikan berjaya di Selangor?
-
Berapakah jumlah peruntukan yang telah dibelanjakan oleh kerajaan untuk membantu usahawan agro/tani sejak 2010?
40) RIZAB TANAH KERAJAAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Bertulis
-
Pencerobohan Tanah Kerajaan Di Meru. Berapakah tindakan dan operasi yang telah dilaksanakan serta keberkesanannya?
-
Senaraikan lokasi pencerobohan dan status?
-
Adakah ada kebenaran bertulis dengan syarat-syarat tertentu bagi memaju, menduduki dan menyewakan diberikan kepada individu dan NGO yang masih sah sehingga tahun 2013? Senaraikan perincian.
40) MENTERI BESAR INCORPORATED (MBI)
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan bilangan anak syarikat di bawah MBI, dan laporan kewangan masing-masing untuk tahun 2013
-
Bagi setiap anak syarikat tersebut, tolong senaraikan semua ahli lembaga pengarah, termasuk elaun tahunan mereka
-
Nyatakan syarikat kontraktor dan konsultan yang melaksanakan projek?
40) PROGRAM HIJRAH PAYA JARAS
Tahun:
Sesi:
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah penerima bantuan perniagaan Hijrah bagi DUN Paya Jaras sehingga hari ini?
-
Siapakah nama-nama, nombor kad pengenalan, alamat dan apakah nombor telefon penerima bagi DUN Paya Jaras?
-
Bolehkah senarai tersebut dihantar ke pejabat ADUN dalam bentuk ÒsoftcopyÓ?
40) PENCERAMAH BERTAULIAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi
Kategori: Mulut
-
Nyatakan jumlah penceramah yang diberi tauliah untuk tahun 2013 mengikut daerah?
-
Apakah proses dan kriteria pemilihan penceramah tersebut?
-
Apakah langkah untuk mengekang penceramah tanpa tauliah?
41) INDUSTRI AERO ANGKASA
Tahun:
Sesi:
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail
Kategori: Mulut
-
Memandangkan Kerajaan Negeri Selangor memberikan tumpuan kepada Industri Aero angkasa, apakah usaha kerajaan untuk memperlengkapkan tenaga kerja atau pelatih dalam industri ini?
-
Apakah rancangan Kerajaan Negeri Selangor bagi pengambilan tenaga manusia dikalangan golongan muda yang keciciran?
-
Apakah bentuk latihan kemahiran yg ditawarkan?
