56) PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Mulut
-
Bagaimanakah Kerajaan Negeri membantu pembeli rumah yang terlibat dalam Projek Perumahan Terbengkalai?
-
Senaraikan nama Syarikat dan nama kawasan Taman Perumahan yang terlibat di Daerah Kuala Langat & Klang.
-
Adakah Kerajaan Negeri menyenarai hitamkan Syarikat Pemaju Rumah yang tersebut di atas?
56) VIRUS CORONA
Tahun:
Sesi:
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Mulut
-
Apakah impak Virus Corona terhadap Ekonomi Selangor dan Sektor Pelancongan Selangor?
-
Apakah tindakan yang kerajaan ambil untuk menghadapi impak ini?
57) PENDAPATAN PASIR TERKINI
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Apakah hasil pendapatan pasir yang terkini dari segi cukai, premium dan royalti dan bagaimana wang ini telah digunakan untuk pembangunan di negeri Selangor?
-
Adakah Kumpulan Semesta Sendirian Berhad (KSSB) bercadang untuk membekalkan pasir halus yang mempunyai pasaran yang besar di Selangor dengan harga yang lebih munasabah?
57) HALAL SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Mulut
-
Nyatakan program Halal Selangor terutamanya kepada golongan wanita dan ibu tunggal di Selangor?
-
Adakah program Halal Selangor ini memberi impak besar kepada usahawan baru atau hanya fokus kepada usahawan yang telah berjaya?
57) PROJEK TERBENGKALAI- PANGSAPURI BUKIT PANDAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan status Pangsapuri Bukit Pandan.
-
Adakah projek ini telah diambil alih oleh mana-mana pihak?
-
Bolehkan kerajaan mengusahakan projek tersebut. Sila nyatakan caranya
57) BANTUAN KEBAJIKAN KEPADA RAKYAT SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Bertulis
-
Sila kemukakan senarai jenis bantuan kebajikan yang disediakan kepada Rakyat Selangor.
-
Sila kemukakan senarai jumlah bilangan penerima bantuan serta jumlah wang yang terlibat mengikut DUN dalam tempoh Mei 2013 hingga Jun 2017
57) HUTAN SIMPANAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun:
Kategori: Mulut
-
Senarai jumlah kawasan hutan simpanan yang telah berjaya di pulihara selepas 2008.
-
Apakah masalah yang dihadapi dalam pemuliharaan hutan simpanan paya gambut Raja Musa?
-
Apakah masalah yang dihadapi dalam pemuliharaan hutan paya bakau?
57) SIJIL KELAYAKAN PENDUDUKAN (CF)
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan jumlah unit rumah yang belum memperoleh CF dalam MPS daripada tahun 2006 hingga 2009 mengikut PBT.
-
Apakah punca-punca utama yang menyebabkan kelewatan dalam penyerahan CF mengikut projek yang disenaraikan?
-
Apakah langkah-langkah yang diambil oleh pihak kerajaan bagi memastikan CF di isukan dalam tempoh yang ditetapkan bagi menjamin hak pembeli rumah.
57) PENUNGGANG MOTOSIKAL E HAILING
Tahun:
Sesi:
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Tuan Lai Wai Chong
Kategori: Mulut
-
Apakah persediaan dan perancangan Kerajaaan Negeri dalam menerima peningkatan penunggang motosikal E Hailing yang dijangka meningkat dengan pengenalan syarikat Gojek?
57) BONUS UNTUK KAKITANGAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk memberi bonus mengikut prestasi atau pencapaikan kerja penjawat awam, berbanding cara sekarang dimana semua mendapat bonus yang sama tidak kira prestasi kerja?
-
Apakah cara lain yang digunakan oleh Kerajaan Negeri untuk memberi insentif kepada kakitangan?
