58) PERUNTUKAN DUN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak
Kategori: Bertulis
-
Mohon senaraikan perincian pemberian peruntukan bagi N9 Permatang tahun 2009
58) PENGUATKUASAAN JAIS
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan bilangan operasi penguatkuasaan, bilangan saman, kompaun dan tindakan mahkamah yang telah dijalankan oleh JAIS pada tahun 2014
-
Nyatakan kes-kes yang masih belum dibawa ke mahkamah oleh Jabatan Peguam Negara dan nyatakan sebab-sebabnya jika ada.
58) TANAH PERKUBURAN BUKAN ISLAM
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin
Kategori: Mulut
-
Kawasan tanah perkuburan bukan Islam yang disediakan oleh kerajaan semakin berkurangan. Penduduk-penduduk terpaksa mendapatkan tanah swasta untuk pengebumian dan kosnya adalah amat tinggi. Di kawasan Balakong, adakah tapak baru yang sesuai untuk dijadikan kawasan perkuburan bukan Islam?
-
Jika ada di manakah tempat yang telah diwartakan untuk dijadikan tapak bagi perkuburan bukan Islam?
58) HAK MILIK TANAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Edward Lee Poh Lin
Kategori: Bertulis
-
Bagaimanakah bahawa di dalam negeri Selangor, terdapat 14,442 hartanah yang telah diberikan taraf hak milik selamanya / tetap di mana pula adanya 14,167 hartanah yang di bawah taraf pajakan? Apakah kriteria dan syarat untuk kedua-dua jenis taraf pemilikan tanah sejak ia nampaknya tidak adil?
-
Jadi kalau terdapat 1487 tapak di Petaling Jaya yang mempunyai tempoh masa kurang daripada 10 tahun dalam pajakan mereka dan bahawa kawasan Bukit Gasing mempunyai kebanyakan daripada pemilikan tanah bawah kategori ini, apakah langkahlangkah yang telah diambil oleh kerajaan negeri untuk beri perhatian kepada isu ini dan jika kerajaan akan mengambil kira pertimbangan faktor-faktor sejarah dan perlembagaan untuk membuat keputusan secara memihak taraf hak milik selamanya / tetap di Petaling Jaya?
-
Bilakah dasar yang kekal akan diwujudkan, yang akan menggabungkan pertimbangan aspek tanah dari segi sejarah dan perlembagaan untuk menentukan jenis hak milik tanah di Petaling Jaya?
58) PEMBANGUNAN TARIAN SINGA
Tahun:
Sesi:
Isu: Adat Istiadat & Warisan
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Bertulis
-
Apakah langkah-langkah diambil oleh Kerajaan untuk membantu pembangunan tarian singa yang merupakan sukan dan kebudayaan negara kita?
-
Bilakah Kerajaan Negeri boleh memberi kemudahan latihan kepada pertubuhan-pertubuhan tarian singa di Selangor?
58) KEBAJIKAN IBU TUNGGAL
Tahun:
Sesi:
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Tuan Mazwan Bin Johar
Kategori: Mulut
-
Mengapakah Kerajaan Negeri tidak serius mengambil poligami sebagai satu kaedah untuk menyelesaikan permasalahan ibu tunggal agar mereka mendapat pembelaan dan kebajikan mereka dipelihara dalam negeri ini?
58) DASAR DAN POLISI MEMBENARKAN WARGA ASING MENJALANKAN PERNIAGAAN KECIL/ SEDERHANA DALAM NEGERI
Tahun:
Sesi:
Isu: Warga Asing & Hal Ehwal Luar Negeri
Adun: Y.B. Tuan Gunarajah A/l R George
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Selangor untuk membenarkan warga asing menjalankan perniagaan kecil / sederhana dalam Negeri?
-
Apakah dasar dan garis panduan Kerajaan Selangor untuk meluluskan lesen perniagaan yang dijalankan oleh warga asing atas nama syarikat yang mempunyai pengarah warganegara Malaysia?
58) PEMASANGAN CCTV
Tahun:
Sesi:
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Mulut
-
Nyatakan jumlah (Berfungsi & Tidak Berfungsi) dan kos CCTV yang telah dipasang oleh kerajaan Negeri Selangor mengikuti PBT?
-
Apakah rancangan seterusnya berkenaan pemasangan CCTV di Selangor?
58) PEMBANGUNAN WANITA SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Bertulis
-
Sila kemukakan senarai program serta bilangan penglibatan wanita dalam program PWB ikut DUN dalam tempoh Mei 2013 hingga Jun 2017
-
Sila kemukakan senarai usahawan wanita yang berjaya di Selangor
-
Sila kemukana senarai bangunan kerajaan yang dilengkapi kemudahan menyusu dan/atau tadika di Selangor
58) ENAKMEN PERLADANGAN UNGGAS (NEGERI SELANGOR) 2007
Tahun:
Sesi:
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri berhasrat untuk mengemaskini dan meminda Enakmen Perladangan Unggas (Negeri Selangor) 2007 terutamanya mengenai jarak minimum ladang dari rumah kediaman, sekolah, klinik dan bangunan lain? Jika tidak, nyatakan sebabnya
