6) PROGRAM HIJRAH SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Mulut
-
Apakah status terkini program Hijrah Selangor?
-
Berapakah jumlah terkini peminjam dan hutang tertunggak mengikut daerah?
-
Nyatakan kejayaan Usahawan Anak Negeri yang boleh dibanggakan di Negeri Selangor?
6) PEMBANGUNAN SUKAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan berapa peruntukan yang telah digunakan untuk infrastruktur sukan di Selangor pada tahun 2013-2018?
-
Apakah tindakan yang Kerajaan akan mengambil untuk memupuk aktiviti sukan supaya rakyat Selangor mengamal kehidupan yang sihat?
6) SKIM RAWATAN JANTUNG SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan apakah perkembangan terkini skim tersebut?
-
Sila nyatakan apakah perkembangan terkini skim tersebut?
6) KEBAJIKAN ANAK PEKERJA LADANG DI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
-
Sila senaraikan statistik anak-anak pekerja ladang mengikut pecahan daerah.
-
Sila senaraikan bantuan dan kemudahan yang disalurkan oleh Kerajaan Negeri Selangor kepada anak-anak pekerja ladang
-
Sila nyatakan apakah perancangan jangka panjang bagi meningkatkan taraf sosial ekonomi dan pendidikan golongan tersebut?
6) PUSAT KEBUDAYAAN NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Adat Istiadat & Warisan
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri telah memutuskan lokasi dan kos bagi tujuan pembangunan Pusat Kebudayaan Negeri Selangor yang dicadangkan bagi memaparkan kepelbagaian kebudayaan etnik dan kaum yang berada di Negeri Selangor? Jika ya, nyatakan butir-butirnya.
6) TANAH UNTUK AGAMA SELAIN ISLAM
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Selain Islam
Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah lot tanah dan keluasan yang telah dilupuskan untuk kegunaan rumah ibadat selain Islam sejak Mac 2008?
-
Apakah piawaian yang diguna pakai oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa dalam pengezonan tanah untuk kegunaan agama selain Islam?
6) PERUMAHAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Ir. Haji Mohd Haslin Bin Hassan
Kategori: Mulut
-
Adakah kerajaan mempunyai rancangan membantu membangunkan semula projek perumahan terbengkalai?
-
Apakah status kemajuan terkini projek perumahan generasi kedua?
6) PROGRAM SAMBUTAN PERAYAAN DEEPAVALI 2013 SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Selain Islam
Adun: Y.B. Tuan Dr Xavier Jayakumar A/l Arulanandam
Kategori: Mulut
-
Adakah kerajaan melaksanakan sambutan Perayaan Deepavali 2013 peringkat negeri Selangor?
-
Berikan penyata perbelanjaan dalam Program Perayaan Deepavali 2013 peringkat negeri Selangor?
6) HAKISAN TEBING SUNGAI
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
-
Beberapa kejadian tanah runtuh telah berlaku akibatnya hakisan tebing sungai. Apakah perancangan kerajaan negeri bagi mengatasi masalah hakisan di tebing sungai.
-
Adakah kerajaan negeri memperuntukkan perbelanjaan bagi mengatasi masalah hakisan tebing tersebut. Jika ada, berapakah jumlah peruntukan tersebut?
6) KES PAIP AIR PECAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Bertulis
-
Sila senaraikan setiap kejadian kes paip air pecah di DUN Pelabuhan Klang bagi tahun 2016 sehingga kini.
-
Juga berikan tempoh gangguan bekalan air bagi setiap kes tersebut.
