Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008

56) GEJALA RASUAH MASIH BERLELUASA DI KALANGAN PEGAWAI-PEGAWAI MAJLlS DAERAH/PERBANDARAN

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin

Kategori: Mulut


  1. Sejak Lima (5) tahun kebelakangan ini berapakah jumlah pegawai yang telah dikenal pasti terlibat dengan gejala ini dan telah dikenakan tindakan disiplin/undang-undang?

    Klik jawapan »

  2. Adakah langkah-Iangkah spesifik yang telah diambil oleh pihak berwajib untuk menangani masalah tersebut

    Klik jawapan »

57) PENCEMARAN DAN PEMUSNAHAN ALAM SEKITAR

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha

Kategori: Mulut


  1. Bagaimanakah kerajaan mengatasi masalah-masalah pencemaran alam sekitar?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah saman yang telah dikeluarkan atas sebab kesalahan pencemaran alam sekitar?

    Klik jawapan »

  3. Berapa ekar hutan yang telah dibersihkan pada tahun 2004 hingga 2007?

    Klik jawapan »

58) PENCAPAIAN PELAJAR SEKOLAH RENDAH

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi

Kategori: Mulut


  1. Bagaimanakah pencapaian UPSR pelajar di Negeri Selangor mengikut daerah dan perbandingan dengan negeri lain pada tahun 2007?

    Klik jawapan »

  2. Berapa peratus kah pelajar yang berjaya ditempatkan ke sekolah khas atau asrama penuh?

    Klik jawapan »

  3. Apakah tindakan yang telah diambil oleh kerajaan bagi memastikan prestasi pendidikan pelajar dapat dikekalkan hingga ke peringkat menengah?

    Klik jawapan »

59) PENCEROBOHAN KAWASAN HUTAN SIMPAN

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Mulut


  1. Sila nyatakan apakah perkembangan terkini tentang masalah pencerobohan hutan simpan Raja Musa bersebelahan ladang Hopefull, mukim Ulu Tengi?

    Klik jawapan »

  2. Sila nyatakan apakah bentuk tindakan yang diambil oleh Jabatan Perhutanan Negeri terhadap masalah tersebut ?

    Klik jawapan »

  3. Setakat ini, adakah pihak Kerajaan Negeri mengenal pasti siapakah dalang atau ketua sindiket yang melakukan kerja-kerja tersebut dan apakah motif mereka ?

    Klik jawapan »

60) PEMINDAHAN ASET BALKIS KEPADA BAKTI

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Mulut


  1. Berikutan kekalahan BN di Selangor pada pilihan raya ke 12 BALKIS telah memindahkan asetnya berjumlah RM9.9 juta ke dalam akaun BAKTI. Mengapakah dilakukan pemindahan aset berkenaan secara tergesa-gesa?

    Klik jawapan »

  2. Adakah cara yang dilakukan bercanggah dengan perundangan?

    Klik jawapan »

  3. Adakah sebarang tindakan undang-undang diambil?

    Klik jawapan »

61) KESIHATAN (DENGGI)

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak

Kategori: Mulut


  1. Apakah usaha-usaha yang dijalankan oleh kerajaan negeri dalam meningkatkan kesedaran masyarakat tentang bahaya denggi?

    Klik jawapan »

  2. Apakah langkah-Iangkah pencegahan yang dilakukan untuk menghalang kadar ini dari terus meningkat malah menurunkannya ke paras sifar?

    Klik jawapan »

  3. Berapakah jumlah peruntukan yang disediakan oleh kerajaan negeri untuk melaksanakan usaha ini?

62) MASALAH BANJIR

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Ismail Bin Sani

Kategori: Mulut


  1. Sejauh manakah seriusnya masalah banjir di negeri Selangor? Sila kemukakan butiran perangkaan jumlah kerugian, jika ada, akibat banjir yang sering melanda negeri ini ?

    Klik jawapan »

  2. Apakah punca banjir itu dan apakah langkah-Iangkah Kerajaan Negeri untuk mengatasinya?

    Klik jawapan »

  3. Apakah pendekatan Kerajaan Negeri dalam menangani masalah banjir ini, terutama bagi rakyat yang menjadi mangsa banjir itu sendiri? Adakah terdapat sebarang bentuk bantuan diberikan kepada mereka dan jika ada, apakah bentuk bantuan itu?

63) LEVI PEKERJA ASING

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Warga Asing & Hal Ehwal Luar Negeri

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohamad Khir Bin Toyo

Kategori: Mulut


  1. Sejauh manakah kerajaan telah laksanakan pungutan levi pekerja asing seperti di luluskan kerajaan negeri

    Klik jawapan »

  2. Jika pekerja atau majikan gagal mencarumkan, apakah tindakan undang-undang yang boleh diambil dan apakah enakmen yang digunakan?

    Klik jawapan »

64) KEMUDAHAN-KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN OLEH PBT UNTUK KEGUNAAN AWAM

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Kategori: Mulut


  1. Nyatakan bilangan stadium, dewan, bas, van dan pusat jagaan anak mengikut PBT yang telah dibina sehingga 2008, kos mengurus serta bilangan kontraktor yang terlibat.

  2. Adakah kemudahan-kemudahan awam ini dibuka untuk kegunaan awam dan jika tidak, nyatakan sebab-sebab?

65) PERUMAHAN SENDIRI PEKERJA LADANG

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim

Kategori: Mulut


  1. Senaraikan ladang -Iadang yang telah dan akan menyediakan perumahan sendiri pekerja ladang di Selangor

    Klik jawapan »

  2. Apakah langkah Kerajaan Negeri untuk menguatkuasakan polisi menyediakan rumah sendiri pekerja ladang kepada ladang yang enggan berbuat demikian ?

    Klik jawapan »

  3. Adakah Kerajaan Negeri berusaha untuk membentuk suatu prasyarat atau undang -undang yang jelas kepada tuan punya ladang dan pemaju bahawa , pekerja ladang mesti ditawarkan rumah di kawasan itu juga , apabila pekerja dihentikan kerja apabila ladang dibangunkan ataupun penanaman semula dilaksanakan ?

    Klik jawapan »