76) PIHAK BERKUASA TEMPATAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei
Kategori: Bertulis
-
Apakah kerajaan bercadang menukar beberapa pegawai kanan yang di lihat tidak berkesan menangani aduan rakyat? Jelaskan perancangan kerajaan tempoh 3 tahun akan datang.
-
Senaraikan bilangan pengarah yang bertukar tempat di Pihak Berkuasa Tempatan dan nyatakan di mana mereka di tempatkan?
76) Jumlah Kes COVID-19
Tahun:
Sesi:
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Syamsul Firdaus Bin Mohamed Supri
Kategori: Mulut
-
Berapakah kes Covid-19 yang direkodkan setakat ini bagi Negeri Selangor?
-
Apakah kawasan tertinggi jumlah kes tersebut?
-
Adakah ia berkait dengan kluster-kluster yang datang dari luar Negeri Selangor?
76) PERINCIAN PROJEK PERPAIPAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Edry Faizal Bin Eddy Yusof
Kategori: Bertulis
-
Apakah projek-projek paip air terawat yang telah siap, sedang berjalan dan bakal dilaksanakan di Mukim Hulu Langat (bawah Daerah Hulu Langat)?
76) ISU KEMALANGAN JALAN RAYA
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Razaly Bin Hassan
Kategori: Mulut
-
Adakah kerajaan sedar kes kemalangan maut jalan raya di Selangor bertambah kebelakangan ini, Sebagai contoh kawasan Hulu Langat?
-
Jika ya, apakah rancangan jangka pendek dan jangka panjang kerajaan mengatasi perkara ini?
76) PERTANIAN MODEN
Tahun:
Sesi:
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah
Kategori: Mulut
-
Apa peranan kerajaan negeri untuk menuju ke arah industri pertanian moden di Selangor?
-
Nyatakan bantuan-bantuan kerajaan negeri kepada petani di Selangor pada tahun 2014?
76) JALAN PENGATURCARA (MBSA)
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze
Kategori: Bertulis
-
Adakah MBSA mempunyai rancangan untuk membina egressÊdaripada Jalan Pengaturcara U1/51 (JP) agar kenderaan daripada Temasya + Glenmarie boleh masuk terus ke Lebuhraya Persekutuan (LP)? Kini, kenderaan daripada DP naik jejambat merentasi LP ke Jalan Kemajuan Subang dan membuat u-turn depan Wisma Consplant 1. Ini menyebabkan kesesakan teruk terutama pada waktu puncak.
76) SENARAI DAN JUMLAH GLC, BADAN BERKANUN KERAJAAN NEGERI
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Ean Yong Hian Wah
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan senarai penuh jumlah Syarikat Kerajaan Negeri (GLC) yang dimiliki penuh dan sebahagian, dan juga syarikat yang dimiliki secara lansung dan tidak langsung oleh GLC Kerajaan Negeri ini. Sila juga lampirkan senarai pengarah syarikat ini dan tarikh pelantikan.
-
Sila nyatakan jumlah Badan Berkanun Kerajaan Negeri dan senarai pengarah dan tarikh pelantikan.
76) AKAUN JAWATANKUASA PENDUDUK (JKP) UNTUK KAWASAN MPAJ
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha
Kategori: Bertulis
-
Sila senaraikan akaun JKP (atau MPP) untuk setiap zon bawah MPAJ tahun 2010 (bukan peruntukkan ahli majlis).
-
Siapakah yang sepatutnya memantau akaun JKP?
76) KEKURANGAN TEMPAT-TEMPAT BERIBADAT BUKAN ISLAM
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Selain Islam
Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan
Kategori: Mulut
-
Nyatakan syarat-syaratdan garis panduan yang diguna pakai untuk pemberian atau kelulusan tanah tempat-tempat beribadat bukan Islam
-
Apakah tindakan Kerajaan Negeri untuk mengatasi masalah ini?
-
Berapakah peruntukan Kerajaan Negeri untuk membantu kos pembinaan tempat-tempat ini?
76) MASALAH KEKURANGAN AIR
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Dato' Warno Bin Dogol
Kategori: Mulut
-
Apakah langkah-langkah jangka pendek dan jangka panjang Kerajaan Negeri untuk mengatasi masalah kekurangan air khususnya sewaktu musim menanam bagi pesawah di Sungai Besar
-
Jika langkah-langkah tersebut telah diambil apakah kaedahnya dan bagaimana kesannya, jika belum bilakah akan dilaksanakan dan jika tiada langkah mengatasi kekurangan air tersebut mengapa?
