76) PEMBANGUNAN TANAMAN KELAPA
Tahun:
Sesi:
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri Selangor bercadang untuk menjadikan kawasan DUN Sungai Air Tawar sebagai hub tanaman kelapa memandangkan kawasan tersebut merupakan antara kawasan yang masih banyak mengeluarkan kelapa?
-
Adakah bekalan benih kelapa matag mencukupi untuk rakyat mendapatkannya?
76) PEMBANGUNAN INSAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Dato' Haji Mohamed Idris Bin Haji Abu Bakar
Kategori: Mulut
-
Kerajaan Negeri telah memperuntukkan RM 7.8 juta untuk melaksanakan program pembangunan insan. Berapa jumlah program yang telah di laksana, kelompok sasar dan jumlah peserta yang dilatih?
-
Apakah modul dan pendekatan untuk membangunkan modal insan ini?
76) PERMOHONAN TUKAR KATEGORI PENGGUNAAN TANAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Mulut
-
Berapakah kelulusan telah diberikan untuk permohonan tukar kategori penggunaan tanah dalam tempoh tahun 2008 hingga Mei 2013?
-
Berapakah kelulusan telah diberikan untuk permohonan tukar kategori penggunaan tanah dalam tempoh tahun Jun 2013 hingga Jun 2016?
76) LONGKANG YANG BERTINDIH DI KAMPUNG MELAYU SUBANG
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Muhammad Izuan Bin Ahmad Kasim
Kategori: Mulut
-
Terdapat banyak longkang yang tidak dapat dipastikan dbawah penyelenggaraan agensi mana. Apakah tindakan kerajaan untuk memastikan agensi dapat mengambil tanggungjawab terhadap longkang ini?
76) PENDAFTARAN PENGUNDI-PENGUNDI BARU
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Tan Pok Shyong
Kategori: Bertulis
-
Lebih kurang 800,000 ribu pemuda-pemudi di Negeri Selangor yang belum daftar sebagai pengundi. Adakah Kerajaan Negeri mempunyai apa-apa rancangan untuk membantu SPR mendaftarkan pengundi-pengundi baru di Negeri Selangor?
76) MASALAH BEKALAN AIR
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Bertulis
-
Perincikan bilangan dan jenis aduan berkenaan bekalan air di kawasan DUN Bukit Gasing untuk 2008-2013
-
Apakah kerja naik taraf paip yang dirancang di DUN Bukit Gasing untuk mengatasi masalah paip pecah dan kualiti air
76) SKIM SMART SEWA
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah kewangan yang terlibat setakat ini bagi proses pemilikan dan penyediaan rumah-rumah untuk disewakan?
-
Apakah strategi untuk penyewa mampu memiliki rumah sendiri?
-
Adakah wujud rundingan untuk mendapatkan dana daripada Kerajaan Persekutuan?
76) PENDOKUMENTASIAN RIWAYAT HIDUP ULAMA RAKYAT YANG BERKHIDMAT DENGAN SULTAN DI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Apakah Kerajaan ada rancangan untuk mendokumentasikan riwayat hidup ulama yang berkhidmat sebagai penasihat Raja-Raja dan kerabat Sultan di Selangor?
-
Senaraikan bahan-bahan dalam bentuk catatan sahih aktiviti ulama di dalam istana.
-
Senaraikan ulama dan guru-guru yang mengajar Al-Quran dan kitab-kitab kuning di Selangor.
76) PERKEMBANGAN EKONOMI
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
-
Apakah indikator penting perkembangan ekonomi negeri 2013?
-
Apakah pencapaian utama ekonomi Selangor sejak lima tahun pentadbiran kerajaan Pakatan?
-
Apakah dasar dan hala tuju ekonomi negeri respons terhadap kelembapan ekonomi dunia?
76) PERUMAHAN PPR GAGAL DISELENGGARA
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim
Kategori: Mulut
-
Dun Kota Damansara mempunyai 12 blok PPR. YAB Dato MB dan Exco Perumahan telah menjanjikan pelbagai bantuan untuk keselesaan penduduk. Apakah jenis bantuan?
-
Setakat mana pencapaiannya?
-
Senaraikan jadual bagi menyempurnakan bantuan ini.
