80) PENGURUSAN SISA PEPEJAL DI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah kontraktor sisa pepejal yang telah dilantik mulai 1 Julai 2016 mengikut PBT?
-
Berapakah jumpah perbelanjaan tahunan yang dibayar kepada kontraktor pengurusan sisa pepejal mengikut PBT?
-
Mohon menyatakan pelan perancangan Kerajaan Selangor untuk menambahbaik pengurusan sisa pepejal.
80) SMART HOME
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Mulut
-
Senaraikan lokasi dan projek-projek SMART HOME dan pemaju terlibat dalam Selangor dan apakah ciri-ciri SMART HOME ini yang selaras dengan visi SMART SELANGOR?
-
Adakah Kerajaan Negeri Selangor mempunyai mekanisme dan garis panduan dalam meluluskan projek SMART HOME?
80) BANGUNAN TEATER SHAH ALAM
Tahun:
Sesi:
Isu: Adat Istiadat & Warisan
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Bertulis
-
Apakah status pembinaan bangunan Teater Shah Alam?
-
Apakah tindakan terhadap pihak yang bertanggungjawab menyiapkan projek tersebut?
80) PROJEK METROPOLIS KESIHATAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Meminta kerajaan negeri memberi penerangan terperinci terhadap projek kesihatan yang sangat penting terhadap rakyat Petaling Jaya ini
-
Sama kerajaan negeri akan memperuntukkan atau menetapkan supaya sebuah hospital kerajaan didirikan di Petaling Jaya memandangkan rakyat Petaling Jaya perlu hanya bergantung kepada PPUM yang merupakan hospital separuh kerajaan
80) LESEN CYBERCAFE
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Bertanya kepada kerajaan adakah semua pihak berkuasa tempat di Selangor menerima pakai garis panduan yang seragam dalam memberi kelulusan dan lesen cybercafe?
-
Jikalau ya, apakah garis panduan atau syarat-syarat yang perlu ditepati oleh peniaga-peniaga cybercafe sebelum lesen perniagaan dikeluar?
-
Adakah persetujuan daripada agensi-agensi kerajaan persekutuan seperti Polis DiRaja Malaysia (PDRM) diperlukan?
80) LOJI RAWATAN AIR LABOHAN DAGANG
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan kos projek untuk pembinaan Loji Rawatan Air (LRA) Labohan Dagang.
-
Nyatakan kontraktor yang dilantik, bila kerja-kerja pembinaan mula dilaksanakan dan bilakah tempoh dijangka siap?
80) PRODUK PELANCONGAN NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Mulut
-
Apakah sembilan produk baru pelancongan yang telah dan akan diwujudkan setiap tahun bagi tahun; 2008, 2009, 2010, 2011, 2012?
-
Berapakah peruntukan yang dikhaskan untuk pelancongan dan pulangan daripadanya bagi 2006-2009?
-
Berapakah unjuran pulangan bagi tahun 2010?
80) LEMBAGA PERUMAHAN DAN HARTANAH SELANGOR (LPHS)
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
-
Sila kemukakan jumlah bilangan permohonan rumah kos rendah yang diterima dan jumlah bilangan permohonan yang berjaya ditawarkan rumah sejak 3 tahun yang lepas oleh LPHS mengikut pecahan kaum dan daerah?
-
Sila kemukakan jumlah bilangan permohonan rumah mampu milik yang diterima dan jumlah permohonan yang berjaya ditawarkan rumah sejak 2 tahun yang lepas mengikut pecahan kaum dan daerah?
-
Sila nyatakan apakah peranan proaktif LPHS selain mengendalikan permohonan rumah kos rendah dan mampu milik?
80) ANAK SYARIKAT PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI SELANGOR (PKNS)
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Dr Xavier Jayakumar A/l Arulanandam
Kategori: Bertulis
-
Sila senaraikan anak syarikat Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan Ahli Lembaga Pengarah syarikat-syarikat berkenaan.
80) LAPORAN TENTANG PRESTASI KERAJAAN NEGERI SEPANJANG 2008 Ð 2012
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi
Kategori: Bertulis
-
Dimanakah rakyat Selangor boleh mendapatkan laporan prestasi kerajaan negeri setiap tahun?
-
Nyatakan senarai penerbitan-penerbitan berkenaan laporan prestasi kerajaan negeri?
