92) KUMPULAN SEMESTA SENDIRIAN BERHAD (KSSB)
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Kumpulan Semesta Sendirian Berhad (KSSB) telah menyumbangkan lebih RM500 juta kepada Kerajaan Selangor sejak penubuhannya. Sila berikan maklumat terperinci tentang prestasi kewangannya dan prospek serta masa depan KSSB dalam bidang perlombongan pasir dan mineral-mineral yang lain.
92) PELABURAN, PERINDUSTRIAN DAN PERDAGANGAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Berapakah yang telah dibelanjakan dalam misi pelaburan dan lawatan teknikal ke negara-negara luar oleh Kerajaan Negeri sejak 2008?
-
Berapakah pelaburan yang dapat dihasilkan daripada misi dan lawatan teknikal tersebut?
-
Apakah nisbah kos yang dibelanjakan berbanding pulangan pelaburan jika ditinjau di segi konsep Òvalue for moneyÓ?
92) PROGRAM AIR PERCUMA
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah perbelanjaan untuk program air percuma bagi tahun 2014?
-
Adakah kerajaan negeri di bawah kepimpinan Dato Menteri Besar kini akan meneruskan program ini?
92) ANAK MUDA LUAR BANDAR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pembangunan Luar Bandar
Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin
Kategori: Mulut
-
Apakah usaha Kerajaan Negeri untuk memastikan kelompok anak muda luar bandar tidak tersisih dari pembangunan yang dilaksanakan?
-
Apakah kaedah yang dilaksanakan Kerajaan Negeri bagi mengekang penghijrahan anak muda luar bandar ke bandar?
92) HASIL SUMBER WAKAF
Tahun:
Sesi:
Isu: hal ehwal islam
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan hasil sumber wakaf yang diterima oleh Majlis Agama Islam Selangor dalam tempoh 2007-2010
-
Bagaimanakah hasil sumber wakaf diagihkan untuk membantu ekonomi dan kebajikan orang Islam. Senaraikan dengan terperinci
92) HUTANG KERAJAAN NEGERI
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail
Kategori: Bertulis
-
Sila senaraikan hutang kewangan oleh KNS sama ada kepada Kerajaan Persekutuan atau mana-mana pihak. Sila senaraikan semenjak 2008 - kini.
-
Apakah status terikini hutang-hutang tersebut?
-
Apakah rancangan KNS bagi meyelesaikan hutang-hutang ini?
92) FOKUS UTAMA KERAJAAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Perindustrian
Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan fokus utama Kerajaan Negeri industri kecil dan sederhana
-
Apakah kriteria kelayakan untuk dapat bantuan kerajaan?
-
Senaraikan penerima yang sudah berjaya sejak 2014
92) MENGHARGAI BAKAT RAKYAT NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun:
Kategori: Bertulis
-
Adakah sebarang usaha bagi mengenal pasti mereka yang berbakat?
-
Apakah mekanisme yang digunakan dalam penilaian terhadap mereka?
-
Apakah insentif yang patut diberi bagi kepentingan negeri?
92) KILANG HARAM
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah kilang haram yang masih beroperasi di Negeri Selangor?
-
Berapakah jumlah kilang yang telah mendapat kelulusan dalam Program Pemutihan yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri sejak pemerintahan Pakatan Rakyat?
-
Apakah masalah-masalah yang dihadapi oleh kerajaan atau pemilik kilang semasa proses pemutihan tersebut dan Apakah rancangan masa depan kerajaan bagi memajukan kilang-kilang ini?
92) MASALAH KEKURANGAN AIR DI BENDANG
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
-
Sila perjelaskan apakah punca sebenar yang menyebabkan musim penanaman padi ke-2 tahun 2012 menghadapi kekurangan air yang serius?
-
Sila nyatakan apakah langkah-langkah pencegahan jangka masa pendek dan jangka masa panjang yang bakal dirangka oleh pihak Kerajaan bagi memastikan masalah sedemikian tidak berulang pada musim akan datang?
-
Sila nyatakan bagaimanakah hubungan dan apakah peranan Jabatan Pertanian Negeri dan agensi Kerajaan Persekutuan yang berkaitan untuk bersama menyelesaikan masalah kekurangan air di Bendang?
