98) PERUNTUKAN PENYELENGGARAAN DAN PEMBANGUNAN JALAN SEDIADA KEPADA JKR SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Mulut
-
Berapakah permohonan dan kelulusan peruntukan pembangunan dan penyelenggaraan jalan sediaada yang dipohon JKR Selangor dan Klang?
-
Apakah ada syarat dan had tertentu kos penyelenggaraan lubang setiap bulan oleh konsesi?
-
Berapakah kekerapan aduan kerosakan dan baikpulih lubang jalan?
98) GLC
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Bertulis
-
Sila perincikan kesemua GLC yang terdapat di Selangor
-
Senaraikan jumlah keuntungan/ kerugian yang dicatatkan oleh kesemua GLC tersebut sepanjang tahun 2006, 2007, 2010 dan 2012.
-
Apakah tindakan Kerajaan Selangor kepada GLC yang mencatatkan kerugian.
98) ELAUN, TUNTUTAN DAN BONUS AHLI-AHLI LEMBAGA PENDIDIKAN INDUSTRI YS SDN BHD (PIYS)
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan Ahli-ahli Lembaga PIYS bagi tahun 2010.
-
Berapakah elaun dan tuntutan bulanan setiap Ahli Lembaga PIYS bagi tahun 2010?
-
Berapakah bonus, jika ada, yang diterima oleh setiap Ahli Lembaga PIYS bagi tahun 2010?
98) KERACUNAN MAKANAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Dato' Dr. Karim Bin Mansor
Kategori: Mulut
-
Nyatakan jumlah kes keracunan makanan yang berlaku di kantin sekolah dan restoran dari tahun 2008?
-
Apakah langkah-langkah yang telah diambil untuk membendung masalah ini?
98) PENAMBAHBAIKAN PKNS
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun:
Kategori: Bertulis
-
Dalam mengendalikan harta PKNS, berapa banyakkah perubahan yang dibuat ke arah penambahbaikan. Senaraikan penambahbaikan tersebut.
98) LAWATAN KE LUAR NEGARA
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar
Kategori: Bertulis
-
Berapa kalikah lawatan yang diberi peluang kepada Ahli Dewan Negeri?
-
Mengapakah dipilih tempat-tempat tertentu?
-
Berapakah perbelanjaan keseluruhan yang telah digunakan?
98) SMUE
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
-
Sejak negeri Selangor ini berada di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat, banyak skimskim bantuan rakyat telah diperkenalkan dan rakyat merasakan nikmatnya seperti Skim Usia Emas, TAWAS dan sebagainya. Tolong berikan jumlah RM perbelanjaan yang telah dibuat sepanjang tahun ini berbanding bajet yang diperuntukkan oleh kerajaan negeri?
-
Pecahan RM jumlah antara kaum yang telah menerima sumbangan di atas?
98) TERBITAN PELANCONGAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Mulut
-
Senaraikan terbitan pelancongan yang dihasilkan oleh Kerajaan Negeri pada tahun 2012 dan 2013 dan perbelanjaannya
-
Adakah Kerajaan Negeri berhasrat menghasilkan risalah pelancongan yang berasingan untuk setiap daerah dalam pelbagai bahasa.
98) MASALAH HAIWAN TERNAKAN UNTUK PARA PENTERNAK DI BANDAR
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Dr. Daroyah Binti Alwi
Kategori: Mulut
-
Masalah haiwan ternakan adakah Kerajaan Negeri menyediakan tempat untuk para penternak di bandar, satu kawasan penternakan baru? Mohon nyatakan dimana dan berapa keluasannya?
-
Berapa ramai penternak telah mendapat manafaat daripada program ini sejak program ini dilaksanakan?
98) JAWATANKUASA PEMULIHAN PROJEK TERBENGKALAI (JPPT)
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Mulut
-
Senaraikan mesyuarat JPPT yang diadakan pada tahun 2014
-
Nyatakan mesyuarat JPPT yang membincangkan projek perumahan terbengkalai di Lembah Beringin sejak tahun 2011
-
Adakah JPPT mengambil tindakan terhadap projek yang hampir terbengkalai seperti projek Taman Desa Bukit Bujang, Ampang Pecah?
