117) SEKOLAH KAFA

Tahun:

Sesi:

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail

Kategori: Mulut


  1. Sila nyatakan jumlah sekolah KAFA dan Sekolah Integrasi KAFA kerajaan dan swasta mengikut daerah sehingga Jun 2015.

    Klik jawapan »

  2. Apakah status pelaksanaan kenaikan gaji guru KAFA sehingga RM 1,500?

    Klik jawapan »

  3. Apakah usaha kerajaan dalam meningkatkan kualiti pendidikan sekolah- sekolah KAFA tersebut?

    Klik jawapan »

117) PEMBINAAN BANGUNAN DI KAWASAN LAPANG

Tahun:

Sesi:

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha

Kategori: Mulut


  1. Menyatakan penjelasan tentang pembinaan padang golf dan medan selera di tanah lapang yang berada di Jalan Perdana 6/1, Pandan Perdana, Ampang. Sebab-sebab meluluskan pembinaan bangunan tetap di kawasan lapang yang mana kerajaan hanya memberi tol?

    Klik jawapan »

  2. Sama ada medan selera yang beroperasi di tanah lapang tersebut mempunyai lesen perniagaan sah untuk padang golf, medan selera dan tempat cuci kereta yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT). Kalau tidak, nyatakan bilangan operasi yang telah dijalankan oleh PBT setiap tahun sejak tahun 2006. Berikan dengan terperinci jumlah kompaun yang Berjaya dikutip dari pihak medan selera, jika ada.

    Klik jawapan »

  3. Sama ada Kerajaan Negeri bersedia untuk mengambil alih kawasan lapang ini memandangkan kekurangan kawasan lapang disekitarnya.

    Klik jawapan »

117) PELANTIKAN PENYELIA PUSAT WANITA BERDAYA

Tahun:

Sesi:

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Tuan Tan Pok Shyong

Kategori: Mulut


  1. Walaupun saya telah menulis 2 surat kepada EXCO berkenaan bertarikh 18/12/2013 dan 12/1/2015 bagi pelantikan penyelia Pusat Wanita Berdaya bagi kawasan Pandamaran seperti diminta, pelantikan masih tidak dilaksanakan sehingga kini selepas 1 1/2 tahun. Apakah sebab kelewatan yang terlampau tersebut?

    Klik jawapan »

117) PERBAIKI KELEMAHAN PEMBERIAN KONSESI LEBUHRAYA NEGERI SELANGOR

Tahun:

Sesi:

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis


  1. Tanah yang diluluskan sebagai konsesi kepada operator di Negeri Selangor membawa implikasi tanah tersebut seolah-olah diberi hak mutlak kepada operator. Namun, tiada hak milik dikeluarkan bagi tujuan tersebut. Apakah langkah-langkah yang akan dilakukan oleh Kerajaan Negeri bagi memperbaiki keadaan ini.

  2. Berapa banyakkah Kerajaan Negeri kehilangan hasil daripada kepincangan dalam perjanjian konsesi seperti ini dari tahun 2004 hingga 2008

  3. Bagi kawasan dan tanah R&R, berapa banyakkah Kerajaan Negeri mendapat pulangan dalam bentuk bayaran premium dan kutipan cukai tanah dari tahun 2004 hingga 2008.

117) LAMPU JALAN DALAM TAMAN PERUMAHAN

Tahun:

Sesi:

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Ismail Bin Sani

Kategori: Mulut


  1. Apakah tindakan Kerajaan Negeri atau Pihak Berkuasa Tempatan terhadap lampulampu jalan di kawasan taman-taman perumahan yang kerap rosak dan tidak di selenggara?

    Klik jawapan »

  2. Adakah Kerajaan Negeri merancang untuk memasang lampu di sekitar kawasan padang permainan untuk kemudahan orang ramai pada waktu malam?

    Klik jawapan »

117) SEKOLAH TAMIL DESA COALFIELD

Tahun:

Sesi:

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Idris Bin Ahmad

Kategori: Mulut


  1. Bilakah sekolah ini akan memulakan kerja2 pembinaan dan bila dijangka siap?

    Klik jawapan »

118) KAMPUNG BARU DAMANSARA

Tahun:

Sesi:

Isu: Pembangunan Kampung

Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran

Kategori: Bertulis


  1. Berapakah rumah yang tidak mempunyai akses jalan raya?

    Klik jawapan »

  2. Apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk melengkapkan akses jalan raya kepada semua rumah?

118) PUSAT LUNCUR UDARA JUGRA MERUPAKAN PRODUK PELANCONGAN SUKAN GENERASI MUDA MASA KINI DAN BERSTATUS INTERNATIONAL YANG SEMAKIN POPULAR

Tahun:

Sesi:

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Tuan Hasnul Bin Baharuddin

Kategori: Mulut


  1. Apakah rancangan jangka panjang pihak YB EXCO dalam membangunkan kawasan ini sebagai sebuah pusat pelancongan sukan yang baru di Negeri Selangor?

    Klik jawapan »

  2. Adakah YB EXCO bercadang untuk membangunkan sukan ini kepada generasi muda Negeri Selangor untuk masa akan datang?

    Klik jawapan »

118) TENDER TERBUKA

Tahun:

Sesi:

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Kategori: Mulut


  1. Sila senaraikan proses-proses jawatankuasa atau jabatan Kerajaan Negeri (termasuk PBT) yang sudah mengamalkan sistem tender terbuka dan berikan butir-butir.

    Klik jawapan »

  2. Sila senaraikan ahli-ahli yang terlibat dalam pemilihan kontraktor sistem tender terbuka in

    Klik jawapan »

118) WIFI SELANGOR

Tahun:

Sesi:

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Mulut


  1. Apakah punca kerosakan yang kerap berlaku pada modem tersebut?

    Klik jawapan »

  2. Mengapakah mutu rangkaian internet amat rendah daripada rangkaian TM serta yang lain?

    Klik jawapan »

  3. Bilakah rancangan meningkatkan perkhidmatan akan dilaksana?

    Klik jawapan »