122) TEKNOLOGI HIJAU
Tahun:
Sesi:
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha
Kategori: Mulut
-
Adakah kerajaan mempunyai rancangan untuk memajukan teknologi hijau di Selangor. Sila jelaskan rancangan tersebut.
-
Bagaimanakah syarikat-syarikat boleh membantu dalam bidang ini?
122) LIPUTAN UNIFI DI DUN MERU
Tahun:
Sesi:
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar
Kategori: Bertulis
-
Apakah Kerajaan Negeri mempunyai perancangan untuk meningkatkan Internet kelajuan tinggi UNIFI yang lebih meluas di DUN Meru yang kini masih lagi rendah dan terhad liputannya?
122) PENDAFTARAN MARRIS BAGI JALAN PERTANIAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Ir. Haji Mohd Haslin Bin Hassan
Kategori: Mulut
-
Sehingga akhir 2017, berapakah jumlah keseluruhan panjang jalan yang berjaya didaftarkan di bawah MARRIS?
-
Nyatakan jumlah panjang jalan pertanian bagi kategori kawasan pekebun kecil mengikut daerah.
-
Apakah pendekatan dan usaha kerajaan bagi membantu membaiki kerosakan jalan-jalan di kawasan pertanian?
122) PUSAT JAGAAN KANAK-KANAK
Tahun:
Sesi:
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Mulut
-
Berapakah bilangan pusat jagaan kanak-kanak yang telah didaftarkan serta mempunyai lesen/permit yang sah?
-
Berapakah bilangan pusat jagaan mampu bayar ("Affordable Childcare Centre") yang akan dibina di Selangor?
-
Di manakah Pusat Jagaan Mampu Bayar tersebut akan dibina?
122) BAYARAN FI PENYELENGGARAAN FLAT
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Mulut
-
Berapakah kes yang didakwa di mahkamah kerana tidak membayar fi penyelenggaraan bulanan?. Sila beri pecahan mengikut PBT untuk 3 tahun yang lepas?
-
Berapa bilangan pegawai di setiap PBT dan di LPHS yang bertugas untuk tujuan ini?
122) PEJABAT DAERAH DAN KELULUSAN PERMOHONAN TANAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Selaras dengan langkah-langkah kerajaan memperkemaskan pentadbiran dan pengurusan tanah. Berakah permohonan tanah yang telah diluluskan menurut setiap daerah bagi tahun 2009?
-
Berapakah premium yang boleh dikutip menurut setiap daerah bagi tahun 2009?
-
Berapakah peratus kelulusan permohonan tanah serta kutipan premium menepati atau tergelincir daripada KPI yang ditetapkan menurut setiap daerah?
122) PELANCONGAN DI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar
Kategori: Bertulis
-
Bagaimanakah dengan prestasi pelancongan di Selangor dalam masa keadaan ekonomi Negara masih lembap?
-
Adakah sebarang kerjasama antara Kerajaan Pusat dengan Kerajaan Negeri dalam bidang pelancongan?
-
Senaraikan dari segi keutamaan 5 bidang pelancongan di Selangor?
122) AIR TIDAK BERHASIL (NRW)
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun:
Kategori: Mulut
-
Apakah sasaran NRW negeri kepada SYABAS?
-
Apakah faktor-faktor kegagalan tersebut?
-
Benarkah kerajaan negeri menghalang SYABAS mendapatkan pinjaman untuk menggantikan paip-paip lama bagi mengatasi NRW?
122) BIASISWA PENDIDIKAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah pemohon yang mendapat Biasiswa Pinjaman Anak Negeri Selangor dari tahun 2006 hingga 2009 mengikut nisbah kaum dan jantina?
-
Apakah langkah yang akan diambil oleh kerajaan bagi membantu anak Selangor yang mendapat keputusan yang cemerlang tetapi melanjutkan pelajaran ke luar negeri?
122) JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN SABAK BERNAM (JPS)
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik
Kategori: Bertulis
-
Berapakah peruntukkan yang diterima oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk projek menambak ban sungai dan benting laut?
-
Apakah tindakan JPS terhadap ban sungai dan benting laut yang rebak dan berapakah kos nya?
-
Berapakah peruntukkan tahun 2016 yang telah dibelanjakan dan bilakah perlaksanaannya?
