123) ANUGERAH MASJID LIMA BINTANG
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik
Kategori: Mulut
-
Senaraikan nama masjid yang menerima pengiktirafan lima bintang oleh Kerajaan Negeri mengikut daerah?
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri terhadap masjid yang tidak menerima pengiktirafan lima bintang?
123) PERTANIAN ( SAWAH PADI )
Tahun:
Sesi:
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
-
Sejauh manakah ancaman Ò Siput Gondang Ò telah merosakkan tanaman padi di kawasan Sungai Burong?
-
Sila nyatakan keluasan sawah dan bilangan petani yang tanaman padi mereka telah terjejas oleh ancaman Siput Gondang?
-
Apakah langkah-langkah kerajaan untuk membantu petani-petani berkenaan?
123) BANTUAN PELAJARAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
-
Apakah bentuk aset-aset yang hendak dicairkan?
-
Apakah dengan langkah demikian UNISEL akan kekurangan nilai asetnya?
123) PEMILIKAN TANAH DAN PERUMAHAN KOS RENDAH OLEH PEGAWAI KERAJAAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan pekeliling yang membenarkan pegawai kerajaan untuk memohon serta memiliki tanah dan perumahan kos rendah.
-
Apakah polisi kerajaan negeri yang terbaru dalam membenarkan kakitangan kerajaan memohon tanah dan membeli rumah kos rendah atau kemudahan lain kerajaan negeri?
-
Badan manakah yang bertanggungjawab memproses dan meluluskan segala permohonan tersebut?
123) Peniaga Susur Keluar Ukay Perdana Masih Belum Terima Kedai Baru
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Di segi dokumentasi jelas Kerajaan berjanji dan berazam akan membina kedai-kedai baru untuk diserahkan kepada pekedai-pekedai tersebut. Namun sehingga kini mereka masih belum menerima kedai yang dijanjikan itu. Mengapa ini berlaku?
123) PENCEMARAN SUNGAI
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan
Kategori: Bertulis
-
Apakah inisiatif oleh Kerajaan Negeri bagi mengatasi masalah pencemaran sungai dan longkang serta saliran di kawasan luar bandar?
-
Apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri dalam usaha mengatasi masalah pencemaran sungai di Selangor?
-
Apakah tindakan Kerajaan Negeri bagi mengelakkan masalah pencemaran sungai dari terus berulang?
123) SEKOLAH KAFA DAN KAFAI
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei
Kategori: Mulut
-
Nyatakan jumlah sekolah KAFA dan KAFAI bagi setiap daerah di seluruh negeri Selangor
-
Nyatakan jumlah pelajar bagi setiap sekolah terlibat.
123) ENAKMEN SISA PEPEJAL SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan
Kategori: Mulut
-
Nyatakan status enakmen sisa pepejal Selangor dan bilakah ianya akan diguna pakai di Selangor?
-
Nyatakan secara terperinci fungsi dan matlamat enakmen tersebut?
123) WARGA ASING
Tahun:
Sesi:
Isu: Warga Asing & Hal Ehwal Luar Negeri
Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan
Kategori: Bertulis
-
Apakah tindakan yang bakal Kerajaan Negeri lakukan bagi mengatasi masalah lambakan warga asing ini dari terus berlaku?
123) SEKOLAH RENDAH AGAMA INTEGRASI (SRAI)
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Ronnie Liu Tian Khiew
Kategori: Bertulis
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri dalam meningkatkan prestasi SRAI di Selangor?
-
Apakah Kerajaan Negeri ada merancang bagi membuat SRAI yang baru bagi menggantikan SRAI Salak Tinggi yang serba dhaif kerana lokasi yang sudah tidak sesuai?
