PAJAKAN DAN PEMBANGUNAN TANAH
101) PAJAKAN DAN PEMBANGUNAN TANAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Edward Lee Poh Lin
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah Kerajaan Negeri sedang lakukan untuk memastikan bahawa kepentingan rakyat adalah dilindungi dan diberikan kedudukan atau status hak milik kekal atau selamanya untuk tanah mereka tanpa apa-apa bayaran premium di mana ia adalah hak mereka?
Berhubung pemberimilikan tanah kerajaan, Pihak Berkuasa Negeri mengamalkan dasar
Kerajaan Berkebajikan di mana pemberimilikan tanah-tanah baru dan perlanjutan
tempoh pajakan diberikan kepada pemohon yang layak khususnya bagi tujuan
bangunan kediaman.
Dalam pelaksanaan dasar ini, Pihak Berkuasa Negeri terikat dengan peruntukan
undang-undang di bawah Kanun Tanah Negara (KTN) di mana bawah peruntukan
Seksyen 42 Kanun Tanah Negara, pemberimilikan tanah kerajaan boleh diluluskan
secara pajakan tidak melebihi tempoh 99 tahun. Sebagai balasan kepada Pihak
Berkuasa Negeri secara “win-win situation”, individu yang diluluskan pemberimilikan
tanah kerajaan dikehendaki menjelaskan pembayaran premium tanah yang mana
merupakan hasil kepada Kerajaan Negeri yang kemudiannya disalurkan untuk tujuan
pembangunan negeri dan kebajikan rakyat.
