PASUKAN RESPONS BENCANA
68) PASUKAN RESPONS BENCANA
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Datuk Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah Kerajaan Negeri menubuhkan pasukan khas untuk menangani bencana seperti banjir kilat dan sebagainya yang banyak terjadi?
Untuk makluman Yang Berhormat, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) ke 30/2013 yang diadakan pada 2 Oktober 2013, telah menimbang dan meluluskan penubuhan Pasukan Tindakan Segera (PANTAS) di Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Selangor.
Objektif Penubuhan Pasukan Tindakan Segera (PANTAS) adalah seperti berikut :
- Memberi bantuan awalan terhadap aduan kecemasan dan bencana mengambil tempoh masa yang ditetapkan;
- Penyelarasan awalan bantuan bersama jabatan dalaman, agensi keselamatan dan penyelaras bencana daerah selaras dengan Arahan No. 20, Majlis Keselamatan Negara (MKN) sebelum diambil alih oleh
Jawatankuasa Pengurusan Kecemasan dan Bencana; dan iii. Memastikan operasi bantuan dilaksanakan mengikut pelan Tindakan Tetap Pengurusan Kecemasan dan Bencana serta mematuhi Arahan Keselamatan yang telah digariskan.
