Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008
21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008
44) PBT (CUKAI TAKSIRAN)
Tahun: 2008
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Bilakah cukai taksiran akan diturunkan sebagaimana disebut-sebut oleh Kerajaan Negeri Selangor iaitu 20% untuk rumah kediaman dan 10% untuk bangunan komersial?
Buat masa ini, cadangan untuk menurunkan kadar cukai taksiran rumah
sebanyak 20% dan cukai taksiran premis perniagaan sebanyak 10% masih
dalam kajian Kerajaan Negeri memandangkankeadaanekonomi Selangor ketika
ini masih belum mencapai tahap memuaskan bagi membolehkan janji-janji itu
dilaksanakan. Walau bagaimanapun, kerajaan negeri tetap berusaha untuk
memastikan agarjanji-janji dapat ditunaikan secara berperingkat.