PBT (CUKAI TAKSIRAN)
114) PBT (CUKAI TAKSIRAN)
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah tindakan dan cadangan Kerajaan Negeri Selangor buat kepada pemilik-pemilik bangunan yang telah pun membayar cukai taksiran sedangkan 70% diskaun Kerajaan Negeri Selangor akan diberi untuk pemilik bangunan yang cukai taksirannya tertunggak?
Sehingga kini tiada insentif diberikan kepada pemilik-pemilik bangunan yang telah membayar cukai taksiran mengikut tempoh ditetapkan kerana ia merupakan tanggungjawab individu pemilik harta tersebut. Diskaun 70% ini hanya terhadap caj denda lewat dan bukannya ke atas tunggakan cukai taksiran. Tujuan pemberian diskaun caj denda lewat ini adalah untuk menggalakkan orang ramai menjelaskan tunggakan cukai masing-masing dengan segera dan seterusnya dapat mengurangkan jumlah penghutang cukai taksiran di PBT yang kini berjumlah RM110 juta.
