Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

101) PEKELILING PERKHIDMATAN AWAM

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Pekeliling Perkhidmatan Bil 2, Tahun 1993, yang bertujuan untuk menghadkan jumlah elaun pengarah yang diterima oleh penjawat awam digunapakai dan dikuatkuasakan di Negeri Selangor?

    Pada dasarnya, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 1993 hanya dijadikan panduan asas bagi melayakkan pegawai kerajaan menerima bayaran elaun dan pampasan yang boleh disimpan oleh pegawai-pegawai kerajaan yang dilantik menjadi Pengerusi / Ahli Lembaga Jemaah Pengarah Badan-badan Berkanun / Kuasa-kuasa Tempatan / Badan-badan Perniagaan yang Kerajaan mempunyai

     

    Hal sedemikian kerana penetapan jumlah kadar bayaran adalah tertakluk kepada kelulusan Menteri Besar / Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (MMKN) / Badan-badan Berkanun / Pihak Berkuasa Tempatan / Anak Syarikat Kerajaan Negeri masing-masing dan tidak terikat dengan kadar yang dinyatakan dalam Pekeliling tersebut.

Lampiran

Tiada Lampiran.