Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017

146) PEKERJA ASING DI SEKTOR PERKILANGAN

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Warga Asing & Hal Ehwal Luar Negeri

Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Majoriti pekerja sektor perkilangan terdiri daripada pekerja asing berbanding rakyat tempatan. Apakah dasar Kerajaan Negeri Selangor berhubung perkara ini dalam sektor perkilangan?

    Untuk makluman  Ahli-ahli  Yang  Berhormat,  Dasar  Buruh  Negara   adalah di bawah tanggung jawab Kerajaan Persekutuan. Kerajaan Negeri Selangor tidak mempunyai dasar khusus berkenaan tenaga kerja warga asing di Selangor. Dasar berkenaan warga kerja asing hanya ada di peringkat Kerajaan Persekutuan, di bawah Kementerian Dalam Negeri dan diguna pakai di semua negeri di Malaysia. Proses kelulusan dan pengawalan kemasukan warga kerja asing hanya dilaksanakan oleh agensi-agensi Persekutuan di bawah Kementerian Dalam Negeri.

    Walaupun secara dasarnya Kerajaan mengawal kemasukan warga kerja asing ke Selangor, namun begitu khidmat tenaga kerja asing ini amat diperlukan oleh sektor perindustrian bagi menampung kekurangan tenaga kerja tempatan.

     

    (Sumber : Jabatan Tenaga Kerja Negeri Selangor)

     

Lampiran

Tiada Lampiran.